Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dalam zaman membasmi #fakenews ini, pembaca harus berhati-hati.
Ini kerana bukan sekadar berita palsu yang diedar. Walaupun berita tepat telah ditulis, orang ramai hanya ingin membaca apa yang ingin mereka baca.
Sebagai contoh, artikel ini:
Tentang pembunuhan di Orchard Towers di mana hukumannya diringankan kerana siasatan menunjukkan bahawa dia sebenarnya tidak membunuh secara langsung.
Namun, ada saja hamba Allah yang ingin menghebohkan perkara ini.
https://twitter.com/numbasnovocaine/status/1188357393723215872?s=21
Hakim Socmed, K1m, bukan hakim mahkamah, membuat andaian tanpa bukti kukuh.
Hanya di Singapura, anda boleh lepas dari pencabulan kerana GRED anda, dan PEMBUNUHAN kerana anda dari bangsa ISTIMEWA
Namun, adakah Hakim benar?
Tak boleh dinafikan bahagian pertama tweetnya itu benar tapi kalau nak kata seseorang bebas dari pembunuhan itu agak melampau ea…
Bacalah artikel dik… jangan menonong baca headline yang clickbaity terus luahkan perasaan.
Walaupun ramai yang telah menegur hakim tidak bertauliah ini, dia masih berdegil.
Hingga memalukan Hakim-Hakim lain di dunia.
https://twitter.com/mhdhrs/status/1188591256579891200?s=21
Ada juga yang memberi penjelasan tapi tidak dilayan…
Seawal pagi subuh tadi pada sekitar 6 pagi, Hakim telah berdebat dengan seorang pengguna Twitter.
Kesian.
Ini bukanlah kali pertama perkara sebegini berlaku!
Sebelum ini, terdapat juga beberapa anak Melayu yang marah akan kes jenayah yang “tidak adil”. Pernah tak terfikir, mereka ni ada peguam hebat? Ha.
Natijahnya, baca artikel penuh. Fahamkan. Jangan nak meroyan tak tentu pasal. Sebar berita palsu. Memecahbelahkan keharmonian yang wujud di Singapura.
Tak tenteram, dik hidup.
Tak boleh dinafikan sebagai kaum minoriti, kita sering menjadi mangsa perkauman. Tapi tak kan semua benda nak gunakan kartu perkauman?
Ada rich privilege jugak tau, dik.
– Pengkritik Sandiwara
(Tweet asli oleh Hakim telah dipadam)
Bacalah lagi!