Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dalam pementasan ketiga siri Pembukaan W!ld Rice, para penonton bakal melihat Siti K memegang watak yang kita semua kenali semenjak kita kecil lagi!
Tak lain dan tak bukan, CAPTAIN HOOK dalam PETER PAN IN SERANGOON GARDENS.
Manakala Pam Oei akan memegang watak PETER PAN.
Sungguh menarik melihat busana yang mereka peragakan. Tak sabar nak lihat setnya, dan busana watak-watak lain juga!
Diarah oleh Ivan Heng, muzikal ini akan membawa anda ke pulau penih ajaib di mana Wendy dan saudaranya tidak perlu membesar.
Buku ditulis Thomas Lim, lirik oleh Joel Tan dan muzik oleh Julian Wong, Peter Pan in Serangoon Gardens akan berjumpa anda dari 21 November hingga 22 Disember di Funan.
Turut menjayakan muzikal ini adalah Mae Elliessa, Andrew Marko, Dwayne Lau dan Benjamin Chow!
Jangan lupa untuk dapatkan tiket anda di Sistic!
Agak-agak… dapat tengok mereka terbang tak?
– Pengkritik Sandiwara