Akan Datang: M1 Singapore Fringe Festival 2020

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru-baru ini, M1 Singapore Fringe Festival telah mengumumkan senarai persembahannya yang akan berlangsung pada 2020.

Memanglah banyak pementasan yang boleh anda lihat dan kegiatan yang boleh anda lakukan! Seperti tahun-tahun sebelum ini, hampir kesemua program yang disajikan amatlah gempak sekali.

Bertemakan My Country and My People (Negaraku dan Orangku), persembahan tahun ini berkisar sejarah dan identiti Singapura.

Berikut adalah antara persembahan yang menarik perhatian kami!

MAK-MAK MENARI oleh Bhumi Collective

02.jpg
Gambar oleh Yusri Shaggy Sapari 

MAK-MAK MENARI meneroka peranan ibu Melayu moden dalam Singapura hari ini, dan bagaimana tarian masih menjadi sebahagian dalam hidup mereka.

Pantang perkahwinan, menjadi seorang ibu, budaya dan tradisi, dan umur yang meningkat mungkin sudah menjejas zaman tariannya, namun, Mak-Mak Menari semakin hari semakin kuat.

Bersama Soultari Amin Farid, persembahan ini sebuah karya pementasan dokumentari bersama teks, tarian Melayu dan videografi, oleh kisah benar dan pengalaman wanita Melayu Islam di Singapura.

Ia akan berlangsung pada 17-19 Januari di NAFA Studio Theatre.

CONTEMPLATING KOPITIAM AND KAMPONG WA’ HASSAN oleh Oliver Chong & Nanyang Academy of Fine Arts

02 (1).jpg
Gambar oleh Lim Kwong Ling

Contemplating Kopitiam and Kampong Wa’ Hassan merupakan karya teks verbatim.

Ditulis seorang penulis Cina dari Generasi Perintis, Kuo Pao Kun dan penulis dari era pascaMerdeka, Alfian Sa’at, pementasan ini menyoal sebaik manakah kita dalam perjalanan pembangunan negara ini.

Ia akan berlangsung dari 9-12 Januari di NAFA Studio Theatre.

A TINY COUNTRY oleh Attempts

Dalam A TINY COUNTRYpenonton akan memainkan dua peranan. Sebagai ahli masyarakat di sebuah negara kecil yang taksub dengan nasib negara and seorang saintis sosial yang melakukan eksperimen dengan masa depan orang.

Kisah ini dilalui seseorang menerusi kisah silam, masa kini yang mencabar dan bencana yang menunggu.

Pementasan ini akan berlangsung dari 8 hingga 10 Januari di Centre 42 Black Box.

KEBAYA HOMIES oleh The Necessary Stage

Diarah oleh Alvin Tan dan dipersembahkan oleh Aidli Mosbit dan Siti K, KEBAYA HOMIESsebuah muzikal tentang sejarah dan budaya Melayu, diceritakan melalui keindahan kebaya. Skrip oleh Haresh Sharma ini juga merangkumi babak dari karyanya yang lalu yang ditulis untuk pelakon ini.

Zubaidah dan Rukiah jadi perempuan joget, tak sabar!

Persembahan ini akan berlangsung dari 15 hingga 19 Januari di Esplanade Annexe Studio,

Terdapat lagi banyak persembahan yang ada! Untuk maklumat lanjut, sila ke lelaman M1 SFF. Tiket-tiket bermula dengan harga $15 macam goreng pisang panas uolls!

 

Jumpa anda!

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s