Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ramai yang kenali Hrithik Roshan. Mestilah, dah lama Hrithik menjadi pujaan ramai gadis di luar sana. Dari mak-mak sehinggalah anak mak.
Dan Tiger Shroff pula, kalau dalam masyarakat Melayu Singapura, mungkin yang tergila-gilakan dunia Bollywood saja yang kenal. Dia pun apa kurangnya, membuat gadis muda mudah lecak.
Dan tahun ini, mereka berdua berganding bersama menjayakan filem WAR.
Hais. Tak bergerak dari kerusi pawagam nampaknya! Melekat mata lihat layar. Mencanak betui lihat otot-otot mereka berdua. Tergugat iman, kan kak?
Plot War ni kalau nak katakan menarik… memanglah menarik tapi belit jugak.
Penonton dibawa ke masa silam beberapa kali. Bukan itu aja, banyak twist yang berlaku dalam satu filem. Membuat penonton fikir lebih sebab nak unbelitkan twistnya tu…
Dari wajah yang bertukar, tikam belakang, alien dan sebagainya!
Tapi memang best lah tonton filem aksi ini. Tentang ketaatan kepada negara, belot, misi dan sebagainya. Agak gerun juga sebab aksinya macam berdarah gitew!
Cuma… peranan Vaani Kapoor dalam filem ini cuma setakat untuk muncul sebagai perempuan lawa. Tu je kot? Kesian.
Sepatutnya, Anupriya Goenka yang harus ada di poster sebab wataknya memainkan peranan yang lagi penting! Hais…
Tanpanya, mungkin watak Kabir tidak dapat menewaskan “Khalid”. The real MVP!
Melihat Hrithik dan Tiger berdansa bersama seperti melihat sepasang kembar menari bersama. Sungguh sama sekali. Dua-dua sasa dan sama tinggi! Melihat badan mereka bergoyang kepada irama muzik rancak pun best!
Kalau nak tahu apa yang gempak sangat tentang filem ini, tontonlah sendiri!
⭐️: 3.8/5
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!