Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semalam, penyanyi setempat, Hydir Idris mengadu di Facebooknya.
Siaran Fesbuk telah dipadam
Dalam siaran itu, Hydir seperti ‘kurang puas hati’ dengan radio tempatan (Ria/Warna) kerana *tidak memutarkan lagunya. Bahkan, dari siarannya itu, seolah-olah hanya jika ada permintaan untuk mainkan lagunya, baru radio akan mainkan lagunya.
https://www.instagram.com/p/B2-4ND8Bfrp/?igshid=i1bwvyfjzx2r
Hydir juga mengaku bahawa dirinya tidaklah begitu popular tapi berharap lagunya akan diputarkan sebagai semangat untuk dirinya kembangkan bakatnya dan berkarya lagi.
Ramai yang memberi komen di Facebooknya bahawa mereka akan sokong Hydir dan Hydir membalas mereka, “sokong dengan request ye”.
Beliau juga kongsikan siaran ini di Instagramnya.
Jangan lupa sokong bakat tempatan, ea?
Dan pihak radio, kalau ada yang request tu… mainkan je lah. Memang betul senarai lagu berdasarkan kehendak pendengar tapi sebagai wadah di mana lagu Melayu tempatan boleh sebarkan karya mereka, ringankan tangan ke… lagi pun APM nak dekat kan?
⁃ Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
Update:
*Hydir Idris telah menjelaskan bahawa Ria/Warna masih putarkan lagunya tetapi dia ingin lagunya dimainkan dengan lebih kerap.