Taufik Batisah Jual Rumah Pulak?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Winner, singer, songwriter, producer, actor, entrepreneur and… property agent.

(Pemenang, penyanyi, penulis lirik, penerbit, pelakon, usahawaan, ejen hartanah)

Itulah jawatan (seperti dilakukan Bretman Rock) pemenang Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah, yang diumukannya di IG TV baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Taufik menjelaskan bahawa dirinya tidak menukar kerjaya, seperti yang disalah anggap ramai peminat.

Taufik berkata bahawa dia sering ingin memperbaiki dirinya dan cuba perkara yang baru. Oleh itu, daripada seorang penyanyi, dia secara perlahan-lahan mencuba menulis lirik, menerbit lagu, berlakon, membuka bisnes ayam goreng dan baru-baru ini sertai abangnya, Mustaffa Batisah untuk kembangkan lagi perniagaan hartanah itu.

Dari situ, terlahirlah Batisah Bro Property.

Mungkin Suria atau saluran Malaysia ingin beri rancangan realiti kepada dua beradik ini?

Boleh jadi macam Property Brothers, kan? Gitew!

Nampaknya, ramai orang yang gunakan unsur populariti untuk kembangkan bisnes, ya?

Masih ingat Nona Kirana?

Mantan DJ ni pun ejen rumah!

Krayon? Bukan, kondo. Nura J pun ejen hartanah!

Dengan adanya selebriti yang lebih popular dan mempunyai peminat yang lebih ramai, mungkin orang Melayu kita akan beralih ke Taufik bila beli rumah?

Suami Nurul Aini, Sofian Roslan masih boleh keep up tak?

Gurau saje, jangan kecam ye. Persaingan adalah sesuatu yang sihat dan perlu! Tengok Suria, takde saingan. Tu pasal malap je…

Korang pernah tak cuba ayam goreng kat Chix Hot Chicken?

Sedap ke? Share lah pendapat awak…

Lepas ni… Taufik nak jadi apa pulak? Ayah ke… Eh?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s