SG Mania 2019: Akhirnya peserta lelaki!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Jika 3 episod lepas, kita melihat kaum hawa mara ke peringkat seterusnya, nampaknya minggu ini SG Mania ada kelainan, ya?

Minggu ini giliran Ryzall Noh, Kalysa dan Nor Shafiq pula untuk bertanding di pentas kecil di Mediacorp itu!

Jadi… siapakah peserta lelaki tersebut?

Nyanyian Kasih Berubah oleh Nor Shafiq amat lunak, cuma mungkin kurang semangat. Jadi bila tonton macam ye tak ye gitu.

Ok suara Kalysa yang serak-serak basah memang sedap didengar tapi bila dah lama tonton persembahan dia… macam mendak pula. Entah apa yang dia cuba sampaikan pun tak tahulah, macam takde daya tarikan.

Persembahan unik Ryzall Noh dengan loghatnya yang ala-ala anak Melayu tak tahu berbahasa Melayu agak istimewa, ya?

Sekali lagi, Suria dan pasukan SG Mania membuat orang ramai terpinga-pinga akan pilihan lagu bertrio ini. Dan tiada koreografi? LMAO. Macam tengok persembahan di balai rakyat. Dengan mutu persembahan begini Suria nak asah bakat ke pasaran rantau? Hmm…

Nor Shafiq tak layak ke pusingan seterusnya…

Ryzall Noh dan Kalysa menyanyikan lagu Apa Salah Beta di pusingan Face-Off.

Mungkin gelek-gelek Ryzall Noh dan skedudedu parapabapanya yang dapat markah ekstra kot?

Dan kenapa versi Kalysa ni macam… “jom buat ala raggae or whateva just because konsep pertandingan SG Mania perlukan I tukar lagu ni versi sendiri?”

Episod ini merupakan episod yang paling membosankan, macam takde inti atau unsur saingnya.

Walauapapun, tahniah Ryzall Noh kerana akhirnya ada peserta lelaki ke separuh akhir!

Kepada Kalysa, Norfasarie, Izat dan Adeep Nahar, semoga maju jaya dalam pusingan kartu liar nanti!

Agak-agak, apa kehebatan ataupun kelainan yang akan dibawa oleh peserta SG Mania minggu depan?

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s