Kupasan Pementasan: Kenang-kenangan Seorang Wanita Pemalu

Salam sejahtera para pembaca setiaku!

Sempena Bulan Bahasa ini, terdapat pelbagai rancangan menarik yang boleh anda kunjungi untuk menikmati dan menghargai lagi budaya dan bahasa kita ni!

Antaranya adalah Kengang-kenangan Seorang Wanita Pemalu oleh Teater KAMi Limited!

Dilakonkan oleh Rosita Hussin, karya W.S  Rendra ini menyingkap memori yang tersimpan di dalam lubuk hatinya.

Apabila tiba di dalam blackbox Taman Warisan Melayu saja, penonton seolah-olah dibawa ke taman, mendampingi watak ini yang akan bercerita tentang cintanya pada usia remaja.

Penonton juga seperti berada di panggung wayang ala sistem suara “all around you’ gitew!

Rosita Hussin benar-benar menghidupkan watak dalam Kengang-kenangan Seorang Wanita Pemalu. Tutur bicaranya amat meyakinkan sekali, dan gerak-gerinya membuat penonton percaya bahawa dialah wanita berusia 80 tahun yang sedang meluahkan perasaan. There’s no doubt that she’s a great actress!

Namun, sayang sekali. Di pentas yang agak besar itu, penonton hanya melihat ke arah tengah pentas. Ini kerana watak “Wanita” dalam pementasan ini tidak bergerak dan menggunakan ruang pentas yang ada.

Mungkin kerana usia wataknya yang berusia 80 tahun tidak membolehkannya bergerak pantas. Namun, terdapat babak di mana Rosita menjadi watak Karnaen. Di situlah di mana Rosita boleh berdiri dan berjalan… kot? idk.

Tetapi, apa yang ‘kurang’ digantikan dengan kelebihan visual. Kengang-kenangan Seorang Wanita Pemalu menggunakan unsur video untuk babak imbas kembali dan memancarkan memori “Wanita” menerusi skrin di belakang dirinya. Pada masa yang sama, dengan cara ini, adakah ia mencemarkan keindahan monolog di mana hanya seorang watak yang kelihatan di atas pentas?

Maaf, sis bias sebab pada hari yang sama jugak ada tonton Emily of Emerald Hill. Jadi, tak hairanlah kalau ada perbandingan. Watak Emily tidak bergantung kepada visual untuk watak lain tapi penonton dapat merasakan kehadiran watak-watak bersamanya!

Terdapat juga nyanyian latar belakang “live” yang amat merdu sekali!

Suara lunak Suryana Norddin membuat pengalaman menonton pementasan ini lebih bearable. Kerana lumrah cerita ini yang agak slow membuat penonton warga emas di belakang berdengkur, suara Suryana dapat mengejutkan mereka. Suka sangat dengan suara dia. Cuma, kenapa dia muncul dalam Little Guilin bak Pontianak bersembunyi?

Walaupun kisah ini mengenai seorang wanita tua yang menceritakan zaman remajanya pada waktu dulu-dulu, kisah ini masih relevan sehingga kini.

Dalam konteks moden ini, pasti ramai orang yang akan gelar watak ini sebagai… clown.

Wanita benar-benar fikir bahawa Karnaen cintakan dia? HAHAHAHAHAHAHAH WE HAVE TO LAUGH SIS.

Kalau dia cintakan Wanita takkan keesokan hari terus dah berbasikal dengan Maimunah??? Ya Allah. Abeh Wanita masih nak sakit hati? Dah lah jual mahal so…? Ok bukan jual mahal tapi “malu”. Malu bertanya sesat jalan sis jadi sesat lah lu hingga 80 tahun tidak bersuami.

Segala kekata cinta dari mulut Karnaen sekadar janji manis ye. Naif sungguh Wanita ni.

Tapi… apakah isu sebenar yang boleh dipelajari dari clownery ini?

MEN R TRASH!

Benar.

Lihat saja apa yang hangat diperdebatkan hari ini. Isu consent. 

Di kelab malam, apabila seorang jejaka mengajak seorang gadis untuk berdansa, berminum hanya untuk sekatil dengannya, gadis yang mengelak dilabel bermacam-macam.

Jual mahal, mahu tapi malu, step kerek dan macam-macam lagi.

Tapi, bukankah itu apa yang lelaki inginkan? Cabaran untuk mendapatkan keinginannya. Thrill memikat gadis.

Bayangkan jika seorang lelaki mengajak gadis itu berzina dengannya dan tanpa ragu-ragu, gadis itu menjawab “jom bang pancut”.

Nanti gadis itu dilabel murahan, sundal dan macam-macam lagi.

Apa yang kaum Hawa buat, pasti salah. Ini kerana lelaki yang tidak betul.

Pada masa yang sama, lelaki yang sedang miang dengan ramai gadis tidak pula dicaci hamun? Malah, rakan-rakan lelaki lain akan menyokong perjuangannya untuk mendapatkan seorang gadis untuk melakukan aktiviti lasak di kamar hotel.

Sepeti Karnaen, dia juga sedang memikat ramai gadis. Bukan sekadar Maimunah dan Wanita saja. Pasti ada lebih! Cuma, Maimunah yang membalas cintanya balik.

Karnaen is cancelledt. Patut dia mati. PERIODT.

Wanita tetap seekor badut kerana mencintai Karnaen yang tidak setia padanya. Belajar dari kesilapan nenek ini. Harap maklum!

⭐️: 2.5/5

Bintang Kebadutan Wanita:🤡🤡🤡

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s