Gadis Berjilbab Tuala Sebar #fakenews Changi Airport

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pada Jumaat malam, warga Twitter di Singapura dikejutkan dengan akhbar mengenai ruang sembahyang di Lapangan Terbang Changi.

 

https://twitter.com/marzrockzxc/status/1175037176628830209

Menurut pengguna Twitter, @marzrockzxc atau namanya Maria Harrington, mesej yang tersebar di aplikasi sembang WhatsApp menyatakan bahawa ruang sembahyang (surau) di Lapangan Terbang Changi lengang dan jika ini berterusan, ia akan diubah menjadi ruang sembahyang buat agama lain.

Tanpa memeriksa kesahihan berita ini, Harrington menyebarkan mesej ini. Pada masa penyiaran, tweet tersebut mendapat sekurang-kurangnya 1000 retweet.

Netizens cepat menjawab bahawa akhbar ini adalah palsu atau fake.

Walaupun telah diumumkan oleh Lapangan Terbang Changi bahawa ia tidak benar, Harrington masih tidak memadamkan tweet tersebut.

Malah, gadis berjilbab tuala yang mendorong orang ramai untuk bersembahyang itu tidak memberi sembarang tindak balas kepada tweetnya yang tular itu.

Kelakuannya disamakan dengan perangai makcik-pakcik yang sering menyebarkan berita palsu tentang kehalalan gerai makanan melalui WhatsApp.

Tidakkah Harrington takut akan POFMA yang mungkin akan menangkapnya?

Ada yang juga menyatakan berita ini sememangnya palsu kerana tiada ruang sembahyang khas untuk satu agama saja.

Nampaknya kebadutan Harrington benar-benar terserlah.

Tapi tidakkah Harrington berfikir? Lapangan terbang adalah tempat yang dikunjungi orang dari merata dunia. Jadi… Bukan setakat orang Melayu Islam saja yang perlu solat di “surau” itu. Orang Islam juga lah. Jadi nak kata ruang tu lengang… sis? Harrington nak jadi Makcik WhatsApp yang sebar berita bedek ke?


Namun, apakah isu sebenar peristiwa ini?

Ia lebih daripada penyebaran #fakenews.

Mesej yang tersebar di WhatsApp ini mampu mencetuskan kemarahan dan mengganggu keharmonian kaum dan agama yang wujud di Singapura. Kadang-kadang, fikirkanlah. Adakah kita benar-benar ingin menjadi mangsa perkauman?

Cukuplah isu-isu perkauman yang sudah wujud di Singapura. Tak perlu menambahkan minyak ke kuali yang panas (Coco, 2015?).

Sebagai anak muda, ayuh sama-sama kita membasmi #fakenews! Jangan biarkan orang tua tak betul burukkan keadaan. Tegur mereka!

Pada sesiapa yang mulakan mesej ini. We just wanna talk.

Bintang Kebadutan Harrington: 🤡🤡🤡🤡🤡

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s