Salam sejahtera para pembaca setiaku!
Nampaknya musim kebadutan tidak henti, lagi-lagi pada musim lumba F1 yang baru saja akhir beberapa jam yang lalu.
Pada jam 5.36 petang, Influencer Terhangat Singapura, Preeti Nair, menghantar tweet berikut ini.
Dalam tweetnya merupakan gambar IG story seorang pengguna bernama @sheenaphua yang memetik gambar/video yang menampakkan 2 orang jejaka memakai serban putih. Sheena meletakkan kapsyen “Dang! 2 huge obstructions decided to pop out of nowhere” atau “Ish! 2 penghalang besar membuat keputusan untuk menjelma secara tiba-tiba”, lengkap dengan emoji.
Preeti menyatakan bahawa perkara yang menghalang pemandangannya adalah privilegenya.
Dan tentu sekali, komen-komen di lelaman Instagramnya penuh dengan ucapan netizens yang menegurnya dan emoji badut.
Setelah ditegur, Sheena mengeluarkan kenyataan maaf di IG storynya.
Dalam kenyataan tersebut, Sheena menafikan bahawa IG Story yang telah dipadamkan itu tidak berbaur perkauman. Malah, ia telah disalah tafsir.
Sheena menyatakan bahawa dia menyatakan sebegitu kerana lelaki Sikh itu begitu tinggi sehinggakan menghalang penglihatannya. Tiada kena mengena dengan bangsa mahupun agama sesiapa. Ini kerana jika jejaka tinggi itu beragama atau berbangsa lain tidak kira lelaki ataupun wanita, Sheena akan mempunyai tindak balas yang serupa.
Walaupun berada di dalam konsert (mungkin F1) yang penuh dengan orang di mana Sheena boleh bergerak ke hadapan, atau menerima hakikat bahawa dia katek dan orang tinggi wujud, dia membuat pilihan untuk menyiarkan gambar jejaka Sikh itu di IG storynya.
Kini, Sheena telah pun bertaubat dan berharap netizens tidak lagi mengambil kandungan IG storynya di luar konteks.
Bintang Kebadutan Sheena: 🤡🤡🤡🤡🤡
– Pengkritik Sandiwara