Bedah Epok-epok Dedah ‘Rahsia’ Makcik Bawang

Salam sejahtera, pembaca setiaku!

Pasti ramai yang kenal epok-epok bawang yang sering dipanggil epok-epok sardin yang sering dijual di gerai-gerai merata Singapura.

Akibat ketidakpuashatian dan terlalu banyak masa lapang, jejaka ini melakukan ‘pembedahan’ kepada epok-epok bawang sardin.

Setelah pembedahan, Ridhwan Roslan mendapati bahawa 70% inti epok-epok sardin yang berharga 70 sen sibiji adalah… bawang.

Walaupun ini merupakan fakta rahsia yang diketahui ramai, akhirnya, orang ramai mempunyai data kukuh untuk melabelkan epok-epok sardin sebagai epok-epok bawang.

Katanya legenda ini bukan mitos tetapi realiti!

Ridhwan yang tidak menyangka perkara ini akan tular rasa bahawa dia telah mengexpose rahsia makcik-makcik bawang.

Apakan tidak. Kesian makcik-makcik di luar sana! Dah kenek letak lebih sardin, dah makin kurang lah untung wei!!!

Walaupun pembedahan ini sekadar suka-suka, komen di Fesbuk lain macam (maklumlah FB banyak baby boomers)

Screenshot 2019-09-23 at 12.02.22 AM

Ada yang katakan tak berkat kalau niaga sebegini, tu pasal Melayu tak sokong Melayu.

Eh? Padahal benda ni dah berdekad kot sumbat bawang dalam epok-epok sardin. Sekarang baru nak cakap tak berkat? Pui!

Kalau nak epok-epok sardin yang berintikan sardin, apa kata beli tin sardin untuk makcik sebelum pesan? Biar dia sumbat dalam epok-epok tu kan? Tiber! Dah bagus tu 70 sen! Kalau nak oomph punya beli di Old Chang Kee! Tapi tak sedap looool.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s