Bella Astillah dan Aliff Aziz berduet di IG Live

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru-baru ini (or whatevs) Bella Astillah telah pun mendendangkan lagu Almost Is Never Enough nyanyian asal Ariana Grande bersama Nathan Skyes secara LIVE di Instagram bersama mantan suaminya, Aliff Aziz.

Dalam video Instagram LIVE tersebut, Aliff kelihatan seperti star-struck melihat dan mendengar mantan isterinya yang telah dia curangi melontarkan suara lunaknya yang sedang berada di dalam kereta.

Aliff yang (mungkin) sedang menghisap vape dalam video tersebut juga seolah-olah sedang membimbing Bella untuk mencapai high notes.

https://www.instagram.com/p/B2vyH8JAyYZ/?igshid=km9mndqw3ihu

Dalam video rakaman skrin yang disebarkan di Twitter oleh pengguna Twitter @EBatrishiaa itu, terdengar juga suara seorang wanita yang memanggil Aliff. Dipercayai ibu Aliff kerana dia mengatakan perkataan “ibu” apabila menjawab sahutan itu yang terdengar di latar belakang.

@EBatrishiaa terasa emosi melihat duet live itu. Tapi ada juga netizens yang tertanya-tanya motif video tersebut.

Sesi LIVE tersebut berlangsung di akaun Bella di mana Aliff menyertai sesi LIVE tersebut dengan meminta permohonan (request) untuk mengadakan sesi LIVE bersama.

Adakah lelaki ketagih kayu tiga ini gila talak? Adakah Bella merindui dakapan sang (bekas) suami? Mungkinkah mereka merujuk semula demi anak mereka? Apa pendapat anda?

Di Singapura, memiliki, membeli atau mengguna vape adalah salah di sisi undang-undang. Namun, dalam video ini, tidak dapat dipastikan sama ada Aliff berada di Singapura atau tidak.

⁃ Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s