Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Filem Bollywood terbaru lakonan Akshay Kumar, Mission Mangal memanglah sebuah filem yang penuh dengan inspirasi!
Berdasarkan kisah sebenar, Mission Mangal mempamerkan bagaimana para saintis di India yang bercita-cita tinggi berkerja keras demi mengharumkan nama negara untuk menjadi negara pertama yang berjaya menghantar satelit ke planet Marikh pada percubaan pertama.
Setelah gagal melancarkan roket ke bulan, ia membangkitkan watak Tara (Vidya Balan) untuk terus mencuba perkara baharu.
Walaupun diketawakan dan disabotaj, bersama dengan Rakesh (Akshay), dua saintis hebat ini memberi semangat kepada kumpulan mereka untuk membuktikan bahawa walaupun kumpulan mereka kecil, tidak cukup bajet, sering diejek, mereka berupaya untuk menjayakan misi mereka.
Jika anda perasan, poster filem ini juga mempunyai banyak pelakon wanita. Ini kerana, filem ini juga ingin menfokuskan kepada kuasa wanita!
Kejayaan Mission Mangal pasti tidak akan terjadi tanpa wanita-wanita ini semua. Walaupun sibuk dengan kerjaya, tanggungjawab sebagai ibu tidak pernah dilupakan. Bahkan, di rumah lah bagaimana Tara mendapat ilham untuk idea baru.
Selain itu, ada juga watak wanita hamil. Membuktikan bahawa saintis yang hamil pun boleh membanggakan negara dengan tetap bekerja untuk melaksanakan misi. Terdapat juga watak double minority. Di mana seorang wanita beragama Islam yang sering didiskriminasi atas sebab agamanya. Ini menyebabkannya tidak senang dapatkan rumah.
Bukan itu sahaja, filem ini juga membongkar stereotaip wanita Asia dan membuat penonton fikir sejenak. Wanita ini lebih berjaya daripada apa yang dikatakan media mahupun masyarakat. Tetapi mengapa mereka masih dilayan hanya seperti “isteri” dan bukan wanita setanding lelaki?
Walaupun kumpulan ini berdepan dengan kegagalan, kegenjotan dan masalah, ada saja jalan pintar yang mereka cari. Dengan kerjasama yang padat, mereka yang pada mulanya tidak ngam, terus menjadi lebih dari rakan kerja saja!
Pendek kata, ia sebuah filem yang memberi semangat kepada penonton kerana sesiapa saja, jika tekun dan percaya, akan mencari cara baru untuk selesaikan masalah agar dapat mencapai cita-cita!
Dan, ini boleh diaplikasikan dalam insiden di atas ini. Di mana percubaan pertama India gagal tapi mereka tidak kenal erti kegagalan!
Oh yes, filem ni 2 jam je sebab tak banyak nyanyi-nyanyi. Jadi kepada anda yang sakit pantat tu.. tak usah risau! Masih boleh tonton di Golden Village atau mungkin Rex Cinemas sebelum terlambat!
–Â Pengkritik Sandiwara