Akan Datang: Kenangan-kenangan Seorang Wanita Pemalu oleh Teater Kami

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Teater KAMi akan mempersembahkan karya daripada W.S Rendra berjudul Kenangan-kenangan Seorang Wanita Pemalu sempena sambutan ulang tahun mereka yang ke-30 dan juga Bulan Bahasa 2019.

View this post on Instagram

Sempena sambutan Teater Kami yang ke-30 tahun dan Bulan Bahasa 2019, KAMi akan mempersembahkan sebuah karya dari W.S Rendra. Setelah melewati ujian waktu lebih separuh abad, sukar diabaikan bahwa sejumlah cerpen W.S Rendra jika dihimpun kembali, masih bisa "dibaca" dan terasa "in" hingga sekarang. Salah satu darinya adalah monolog “Kenang-kenangan Seorang Wanita Pemalu” Monolog Kenang-kenangan Seorang Wanita Pemalu akan dilakonkan oleh Rosita Hussin, penerima anugerah bagi Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu – Drama Khas / Antologi di Pesta Perdana 2019. Puan Atin Amat, penerima anugerah Pingat Budaya 2011 akan mengarah pementasan ini. Monolog Kenang-Kenangan Seorang Wanita Pemalu yang diadaptasi ini menceritakan tentang seorang wanita pemalu dengan pria pujaannya. Kerana sifat malunya itu, ia tidak mempunyai keberanian untuk menyatakan perasaan cintanya terhadap pria tersebut. Hal itu telah menimbulkan salah faham diantara mereka.Menyangkakan perasaan cintanya dipermainkan, Pria tersebut pergi meninggalkan wanita itu. Perasaan cinta tersimpan lama, hanya terungkap selepas lebih 70 tahun. Butir-butir pementasan: Tarikh: 20 & 21 September 2019 Masa: 3 petang(21 September 2019 sahaja) & 8 malam (20 & 21 September 2019) Tempat: Malay Heritage Centre, 85 Sultan Gate, Singapore 198501 Harga Tiket setiap orang: $25.00 Tempahan tiket boleh dilakukan melalui lelaman web yang tertera di profil KAMi. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila emel di teaterkami@hotmail.com. TIADA SARIKATA INGGERIS UNTUK PEMENTASAN INI. #tkami30 #bulanbahasa2019 #malayheritagecentre #mllpc

A post shared by Teater KAMi Limited (@teaterkami_sg) on

Dilakonkan oleh pelakon handal, Rosita Hussin, persembahan ini adalah sebuah monolog yang menceritakan tentang seorang wanita yang malu-malu kucing yang tak berani nak confess kepada crushnya. Gitu.

Di situlah timbulnya konflik antara mereka. Ye lah, bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan, ye tak ye? Jadi perhubungan mereka pun sesat… kot?

Kan komunikasi itu penting dalam sesebuah perhubungan!

Tapi sekarang pemahaman lagi penting, ye! Keep up to date.

Apa yang menarik tentang teater adalah kerelevanannya, tidak kira masa. Mungkin sifat malu ini hanya lebih ketara pada zaman dahulu. Kini wanita lebih vokal tetapi, tidak boleh dinafikan bahawa bila bab cinta ni… semuanya malu. Tak kira lelaki, perempuan atau whatever lah.

Diarah oleh Atin Amat, pementasan ini diadaptasikan dan diberi sentuhan lokal, dan menyatukan teknologi seperti lampu LED, kesan panggung dan reka bentuk pentas!

Kenangan-kenangan Seorang Wanita Pemalu akan berlangsung pada 20 & 21 September. Tiket-tiket berharga $25 boleh didapati di sini.

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s