Wayang Sekarang: Makmum

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Di socmed sekarang, heboh dengan pendapat mengenai filem seram terbaru, Makmum.

Ada yang kata ia amat seram, ada juga kata mereka tidak akan tonton kerana ia seolah-olah mengajak orang ramai untuk tidak menunaikan ibadah sembahyang kerana menakutkan-nakutkan penonton!

Tapi… Betul ke filem Indonesia ini benar-benar seram sampai terkencing?

Sebenarnya, memang tidak boleh dinafikan bahawa filem ini amatlah seram.

Dari babak jump scares yang membuat seluruh panggung terpekik kerana terkejut, ia juga membuat bulu roma meremang dengan raungan suara watak hantu dan raut rupa makhluk jijik.

Segala babak yang seram itu memang padat dengan unsur seram dan lakonan ala contortionist, ASMR tulang retak, jadi orang ramai tak perlulah tunggu sejam lebih untuk hantu muncul, tidak macam filem Pocong The Origin.

Cuma.. Kenapa “hantu” dalam filem ini dimaksudkan sebagai roh yang sudah mati dan masih menetap bumi? Bukan jin atau syaitonne? I mean, it’s an islamesque movie kan? Bukan ke bercanggah?

Tak nak spoiler lah tapi… jalan cerita ni memang kurang meyakinkan. Seorang pelajar yang maut akibat kebakaran dan menghantui pelajar asrama dengan merasuk pelajar? Huh??? Padahal dia baik tau?????

Secara terus terang, ia filem yang bagus dan berbaloi untuk ditonton di wayang! Jadi… Pergilah ke Golden Vilage terdekat atau singgah JB!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s