Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sempena pembukaan besar-besaran W!ld Rice di Funan, sebanyak 4 pementasan akan disajikan buat para penonton!
Salah satu daripada persembahannya adalah pementasan pertama W!ld Rice, Emily of Emerald Hill!
Ia akan kembali untuk menghiburkan peminat setia syarikat teater ini sekali lagi.
Kali pertama ia diadakan adalah pada tahun 2000 di mana pengasas WILD RICE, Ivan Heng, membawa watak Emily Gan. Ini merupakan satu cara bagaimana syarikat teater ini menyambut rumah baru mereka di Funan!
Gabungan lakonan Ivan Heng dan arahan Glen Goei akan menghidupkan salah seorang watak ikonik dalam dunia teater: Emily Gan, seorang wanita yang mengharungi onak dan duri, demi menempah nama sebagai seorang wanita dalam sebuah keluarga Peranakan.
Dalam dunianya ini, kepuasan seorang wanita cuma diraih apabila menjadi seorang menantu, ibu dan isteri. Jadi, apa yang harus dia lakukan? Adakah dia seorang wanita terperangkap dalam tradisi, atau seorang feminist?
Emily of Emerald Hill akan berlangsung di The Ngee Ann Kongsi Theatre @ WILD RICE pada 4 hingga 28 September.
Tiket-tiket boleh didapati di Sistic.
Antara pementasan lain yang akan dipersembahkan sempena acara pembukaan panggung WILD RICE di Funan adalah Merdeka / 獨立 /சுதந்திரம், Fair Play dan Peter Pan In Serangoon Gardens.
– Pengkritik Sandiwara