Wayang Sekarang: Pocong The Origin

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pocong The Origin. Hmm… bagaimana harus saya mulakan?

Judulnya “Pocong The Origin” memberi gambaran bahawa penonton akan pelajari asal-usul pocong atau bagaimana lahirnya seekor pocong.

Tapi alangkah kecewanya apabila pocong hanya muncul untuk beberapa saat pada akhir filem saja dan penonton tidak diberitahu origin seekor pocong.

Selain itu, jalan cerita filem Indonesia ini agak… biasa-biasa saja.

Tidak boleh dinafikan bahawa permulaan dan the core of the story agak meyakinkan. Seorang lelaki bernama Anantha yang memiliki ilmu ghaib yang memerlukannya untuk membunuh orang lain. Apabila di penjara, sukar untuk rohnya bebas dari badannya kerana ilmu tersebut.

Anaknya, Sasthi telah dipertanggungjawab untuk membawa pulang mayat bapanya agar dapat dikebumikan dengan sempurna.

Perjalanan yang mengambil masa lebih 12 jam itu hanya dikendali seorang pegawai polis, Yama. I mean… tu bukan satu penderaan di tempat kerja ke? Kesian dia tak boleh tukar shift!!!!

Dalam perjalanan ke kampung, di situlah di mana kejadian aneh kerap berlaku. Namun, insiden yang berlaku ni amat… berulang.

Kereta rosak tidak boleh bergerak Yama yang kerap kencing????

Bila di kampung, Sasthi mendapat tahu bahawa ilmu ayahnya hanya akan benar-benar hilang hanya jika bapanya ditikam dengan sebilah pisau saka… Sasthi tak sampai hati jadi dia heret arwah ayahnya agar dapat dikebumikan secara senyap-senyap!

Tapi… bulan purnama memberi kuasa kepada ilmu banaspati dan bapanya hidup semula sebagai pocong. Pocong tersebut bukan sekadar melompat… boleh terapung dan mengeluarkan tangan juga!!!!! Hahahaha.

Pocong/Ayahnya sempat mengalihkan ilmunya kepada Sasthi. Akhirnya, Sasthi mendapat ilmu tersebut dan pulang bersama mayat ayahnya???? HUH!!!! Merepek gila tau????

Dia jalan jauh-jauh abeh in the end dia yang dapat ilmu tu so sekarang dia terpaksa bunuh orang!!!! Smh

Tbh, kalau dapat lihat prequel, aka siapa Anantha bunuh, bagaimana proses pemilihan mangsa, bagaimana pembunuhan dilakukan would be a great thriller film kan?

Malang sekali, hantu hanya muncul pada akhir cerita dan banyak adegan saspens saja. Pocongnya seperti belen-belen.

Judul “Pocong The Origin” tidak setimpal dengan filemnya. Seperti tak kena. Mungkin boleh letak judul filem seperti… “Pass the Parcel”..? Sebab ia menunjukkan bagaimana ilmu banaspati diberikan kepada Sasthi!!!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s