Best Dressed Local Stars: Edisi Raya 2019

Salam sejahtera dan salam Julai, para pembaca setiaku!

Lebaran hampir meninggalkan kita dan sebelum itu, ayuh kita lihat selebriti manakah yang telah memperagakan busana yang teranggun tahun ini!

Tapi sebelum itu, ayuh kita lihat bagaimana Toggle telah tidak membuktikan bahawa kami hidup dalam suasana inklusif dan harmoni.

Pada minggu ketiga Raya, mereka memuatnaikkan gambar Shane Pow dan Kimberly Haley Wang memperagakan pakaian “Malay inspired”. Tapi tidak mengetengahkan sebarang selebriti Melayu yang memakai busana tradisional kaum kami.

Pada minggu pertama Raya pula, jubah Taufik Batisah membuat penampilan di Toggle. Inilah komennya.

Screenshot 2019-06-29 at 4.14.04 PM

Mereka tidak menyebut bahawa Taufik Batisah telah memakai jubah ini untuk penggambaran lagu terbarunya, Ikhlas, yang juga lagu Raya. Sungguh merepek sekali.

Enough of being salty. Bukannya perkara ketidaksaksamaan atau tiadanya kewakilan minoriti dalam dunia hiburan tempatan perkara baru ya? Memang racism ni normal di Singapura!

Ayuh kita lihat TOP 20 Best Dressed Local Stars, Edisi Raya 2019!

20. Aaron Aziz

Kapsyennya yang lucu membuat gambar ini viral di Twitter! Sungguh kelakar, tapi apa nak buat? Sang isteri selalu betul. Sungguh cantik melihat kain samping Aaron Aziz berwarna lembut dengan corak bunga yang agak menarik sekali. Diyana Halik pula kelihatan ayu dengan stail tudung labuh tepi.

19. Jun Junalis

Jun Junalis yang merampas takhta nombor 1 pada 2017 kelihatan anggun dengan gabungan warna putih dan emas gelap! Kelihatan sungguh sophisticated dan classy!

18. Yuslina Yusof

Wow, macam fefeeling iklan Raya untuk Zalora gitew. Beraya di musim Panas/Summer! Yuslina Yusof mengenakan busana biru berbelang lengkap dengan kaca mata hitam!

17. Marina Yusoff

Sis… Marina Yusof kelihatan begitu manis sekali menggayakan busananya yang simple dan tetap elegan!

16. Fir Rahman

Tahun ini nampaknya trend batik yang menjadi kegilaan ramai, ya? Daddy Fir Rahman kelihatan sungguh segak, sedondon dengan isterinya berpakaian merah!

15. Iswan Ismail

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pasti Iswan Ismail ada gambar bersama anak saudara(?)/cousins(?)nya! Sungguh tampan sekali memakai baju telok belangah bersama samping pink!

14. Siti K

View this post on Instagram

Biar baju ronyok, jangan hati remuk. 💙

A post shared by Siti Khalijah (@siti__k) on

Bila tradisional bertemu ranggi! Siti K selalu membawa kelainan kepada busana rayanya! Dengan beg bakul yang amat comel sekali.

13. Ikah Jamil

Wow! Ikah Jamil guna bengkung NurSajat Diamond Gold Let’s Tonggeng FUH ke? Atau semula jadi!

12. Fadli Kamsani

Corak dedaun di baju DJ Fadli Kamsani amat berwarna-warni sekali!

11. Hannah Delisha

View this post on Instagram

✨💛✨ . 👗: @arianirtw . #teambabyyellow

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Warna kuning lembut ni amat padan dengan Hannah Delisha! Cuma solekannya agak… sedikit keterlaluan?

10. Lydia Asyiqin

Busana yang amat cantik, dihiasi bunga-bunga di tepi. Sungguh anggun seperti pemiliknya, Lydia Asyiqin!

9. Sharon Ismail

Queen 2016 kami dengan bajunya yang berbunga dan beg LV sebesar alam. HEMPUK!

8. Farisha Ishak

Farisha Ishak kelihatan seperti gadis Melayu terakhir dengan baju songket merah-emas, bersertakan dokoh. Sungguh lengkap sekali busana tradisionalnya!

7. Fatin Amira

Ok, she does look like a bad bitch here, kami taqod! Baju peplum hitam malap dengan bunga-bunga yang melambangkan salib. Eh?

6. Malaque Mahdaly

Apa yang dia pakai? Sungguh menawan! Baju organza ala-ala see through tapi sebenarnya amat sopan sekali. Dan kain batiknya berwarna pastle???? We are in love.

5. Ikah Jamil

Ok, dia kelihatan sungguh cantik here ok like??????? Deserve a second mention.

4. Era Farida

https://www.instagram.com/p/Byx1KrNBqe5Y26ScRgG3DRsl09l5UvO8w2ZR3g0/

Otai masih berbisa! Era Farida kelihatan sungguh menawan dengan baju ala kaftan.

3. Marina Yusoff

Serba lengkap! Siapa kata anda tak boleh kelihatan sopan dan pada masa yang sama peragakan busana Melayu 100%?

2. Siti K

View this post on Instagram

Sinaran.. Mentari menyinari. ☀

A post shared by Siti Khalijah (@siti__k) on

Bukan kami sahaja yang tersenyum bila melihat Siti K girang sebegini, pasti semua terlebar kan? Warna terang sungguh cocok buat penggiat teater ini! Ini kali kedua Siti K disebut dalam senarai tahun ini, dan juga kali kedua di tempat kedua. Tahun lepas juga Siti K berada di tempat kedua!


Sebelum mengumumkan selebriti yang merangkul takhta Mastura Ahmad, here are some honourable mentions!

Adakah tangga nombor satu tahun ini juga milik seorang selebriti wanita atau ada selebriti lelaki yang mampu memecahkan rekod?

Walauapapun, tak kisah lah! Sungguh gembira dapat melihat selebriti tempatan terus memakai busana tradisi kita. Ada yang diberi sentuhan baru, ada pula sungguh tradisional. Sesungguhnya, budaya Melayu tidak akan luput kerana kaum kita masih menitikberatkan pemakaian tradisional pada hari-hari tertentu.

Kalau tak ditampilkan di Toggle pun tak apalah. Mediacorp memang tak boleh harap.

Dan kini, selebriti yang merangkul takhta nombor satu Best Dressed Local Stars Edisi Raya 2019…

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

 

Iskandar Shah

Sis. Can we take a minute? All black. Tu dah cukup seksi. Cekaknya yang mendedahkan sedikit collar bone ala-ala teaser? Renungan mata tajam jauh tu sis, dia pandang you dari sebelah blok ke? Samping yang diikat sungguh bergaya. Lengkap dengan kasut berkilauan. We have to stan Sir Iskandar Shah. Gempak wei!

Tapi mungkin hanya untuk the gram but still.

Agak-agak, siapakah token minority yang akan ditampilkan Toggle pada tahun hadapan untuk minggu Raya? Hady Mirza, ke? Sebab kini dia semakin meletop!

– Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan Jawapan kepada Best-dressed Local Stars: Raya 2020 – Pengkritik Sandiwara Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s