Pengkritik Sandiwara Berwajah Baru!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pasti anda semua sudah ternampak logo baru Pengkritik Sandiwara, kan?

Kini, kami ingin sekali lagi kenalkan segmen-segmen yang baru dan juga lama yang akan kekal di Pengkritik Sandiwara.

Logo terbaru Pengkritik Sandiwara diilhamkan oleh logo sebelum ini!

Segmen yang memulakan Pengkritik Sandiwara! ULASAN DRAMA adalah segmen di mana kita memberi constructive feedback agar mutu drama tempatan akan terus bertambah baik.

KUPASAN PEMENTASAN adalah segmen di mana kami membincang persoalan yang dibentangkan dalam sesebuah pementasan teater, tarian mahupun muzikal. Ini agar hiburan pementasan tidak berhenti di situ sahaja, tetapi boleh dibawa ke luar panggung untuk mengupas dan fikir bersama.

AKAN DATANG pula akan mengetengahkan sebarang teater, acara, filem, ataupun apa sahaja, terutama sekali yang berkaitan dengan budaya Melayu yang… akan datang!

ACARA MENARIK pula merupakan pos bulanan yang akan menampilkan persembahan yang akan dijayakan pada bulan berikutnya!

Manakala GOSIP HIBURAN TEMPATAN akan memberi anda gosip terkini artis tempatan, mahupun trend dalam dunia hiburan Melayu!

WAYANG SEKARANG dan DEMAM BOLLYWOOD mempunyai tujuan yang sama, cuma lain bahasa!

Selain itu, tagline Pengkritik Sandiwara juga sudah berubah!

Blog header

Dari “Realiti Drama Melayu Singapura” ke “Realiti Hiburan Melayu Singapura”. Ini selaras dengan visi kami iaitu untuk menjadi lelaman sehenti bukan sahaja untuk dunia hiburan TV, tetapi di luar TV. Hiburan Melayu secara menyeluruh!

Semoga dunia hiburan Melayu setempat akan terus berkekalan dan maju!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s