Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sempena memperingati 200 tahun semenjak Tuan Raffles menjejak kakinya ke Singapura, terdapat pelbagai rancangan yang disediakan oleh pihak pemerintah untuk menyambut tahun bersejarah ini. Dan oleh itu, The Necessary Stage juga mengambil kesempatan ini untuk mempersembahkan CIVILISED yang membincangkan tentang penjajahan, bukan sahaja pada zaman silam tetapi juga manifestasinya pada masa kini dalam dunia ini.
Karya Haresh Sharma yang memerlukan kajian yang mendalam ini meneroka makna penjajahan lebih daripada apa yang kita ketahui dan juga menyoalkan apakah “warisan” yang ditinggalkan oleh para penjajah? Pengarah artistik Alvin Tan pula mengatakan bahawa penjajahan bukan sekadar mengenakan pemikiran politik, ekonomi dan budaya pada diri kita tapi juga kepercayaan untuk berinteraksi, berdialog, bertahan, saling bertukar (pandangan) dengan negara-negara lain.
CIVILISED (atau TAMADUN dalam Bahasa Melayu, I love that word don’t ask me why) akan berlangsung pada 15 hingga 26 Mei (bulan Puasa ehk?) di The Necessary Stage Black Box dan akan dibintangi Edith Podesta, Ghafir Akbar, Koh Wan Ching, Lian Sutton dan QUEEN Siti K!!!
Tiket-tiket boleh didapati di Sistic dan ada harga istimewa untuk pelajar, warga emas dan NSFs!!
Also, tahukah anda bahawa perbezaan penjaja dan penjajah ada cuma satu huruf H di belakang so amat penting ya untuk sebutkan aspirated H tu hahaha.
– Pengkritik Sandiwara