Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Wow! Dah episod terakhir? Cepatnya. Jom kita lihat ada PLOT TWIST ke tak dalam episod ke-8!
Keadaan Pak Long semakin pulih dan boleh pulang ke rumah. Tetapi hanya Fitri yang menjaganya. Isteri dan anaknya sendiri tidak hiraukan kesihatannya!
Alia terpaksa kerja seludup dadah kerana diblackmail oleh mamat-mamat yang merakam videonya. Ni lah akibatnya bodoh sebab tak report kepada pihak berkuasa. Pada masa yang sama, jantan-jantan tak guna itu benar-benar fikir bahawa video porno homemade yang dirakam menggunakan telefon android mutu taj seberapa boleh buat duit di pornhub. Padahal porn… free tau? Youtube adsense pun tak seberapa nak harapkan duit daripada porn? Kalau dia artis gempak boleh lah kau jual macam video SyafiqKylez tu.
Mak Long tuntut $100,000 daripada Fazli atas sebab duit ganti rugi selama menjaga Fitri. Padahal dia nak bayar hutang kerja dan juga hutang tailong Alia. Dia juga kata Alia bodoh sebab ditipu pakwe. Dia menasihati Fitri untuk meminjam/dapatkan duit daripada pakwenya dan jangan jadi macam Alia ada jantan tak guna. Kelakar tapi nasihat yang berguna. Tapi pada masa yang sama, wanita-wanita di luar harus ingat bahawa lelaki, suami, pakwe bukanlah bank. Wanita harus independent!
Setelah pulang ke rumah Pak Longnya dan terlihat cat yang disimbah ke rumah pintu Pak Longnya, hati Eddy/Fazli tergerak untuk meminjamkan/memberi wang $100,000 itu kepada Mak Longnya agar adiknya boleh hidup tenteram. Tapi tahukah anda bahawa pemiutang amat sopan dan bertimbang rasa kerana mereka mengecat di kertas dan menampal notis-notis amaran O$P$ yang telah diconteng ke kertas tersebut di dinding agar Alia hanya perlu tanggalkan kertas untuk bersihkan pintu rumahnya?
Setelah mendapat panggilan telefon bahawa Fazli akan berikan wang, Zana terus memberitahu rakan kerja bahawa dia akan pulangkan wang segera dan akan pindah balik ke rumahnya. Belum dapat duit nak ye-ye-oh, eh? Kita lihat aja!
Tiba di rumah, Zana meminta penjelasan daripada Alia kerana dia asyik frust tonggeng je hari-hari. Alia pun menceritakan segalanya kepada ibunya. Pada masa yang sama, ayahnya yang terlantar di belakang terdengar perbualan mereka dan menangis teresak-esak. Kasihan… kelakar pulak aku tengok dia terlonjat-lonjat sendirian cuba bergerak tapi tak boleh.
Pakwe Fitri baru sedar Eddy tu Fazli. Watak pakwe Fitri sememangnya berfungsi hanya untuk adegan ini.
Zana merancang untuk mengganti Alia dengan Fitri sebagai penyeludup dadah. Dia menelefon Fitri untuk ke tempat tailong dan dengan segera, samseng-samseng menerkam dan menangkap Alia. Tahukah anda bahawa pakwe Alia merupakan salah satu dalang tailong tu? Wow plot twist sungguh!
Apabila mendapat tahu bahawa Zana telah memerangkap Fitri menjado penyeludup dadah, Fazli dan pakwe Fitri pun bergegas ke tempat tailong! Para tailong diserbu oleh… CID? what even. Padahal kes setakat nak panggil CID? Lame. Di situ, Fitri dan Fazli bertemu kembali.
Para tailong dipenjarakan bersama Zana. Agak-agak Zana dipenjarakan sebab apa? Lesapkan duit syarikat, cuba menjual Fitri atau kedua-duanya sekali?
Alia dirawat di hospital (mungkin kemurungan) dan berjanji akan menjaga ayahnya setelah dia pulih. Wow, cepat dia insaf!
2 bulan kemudian, Fazli, Pak Long, Fitri bersama Pakwenya berpiknik di East Coast Park. Tapi… kenapa piknik kat east coast panas-panas nak selimutkan pak long? Bodoh.
Fazli menerima surat daripada ibu angkatnya dan diberi peluang untuk mengambil alih butik tetapi dia merejek tawaran itu kerana tidak mahu menjadi mangsa harta dunia dan ingin meluangkan masa bersama adiknya.
Saya rasa drama ini berlaku dengan pantas sekali. Masih boleh dikembangkan lagi! Setelah watak-watak membesar, kami tak mengenali siapa mereka. Semuanya berlaku sekelip mata macam nak habiskan drama ni serta-merta.
Boleh kembangkan kesesatan Fazli/Eddy. Bagaimana dia mungkin havoc kerana dipengaruhi ibu angkat dan mungkin a sex addict atau mangsa pedophilia dan kesan mental he has. Dan apakah yang mendorongnya untuk bertaubat. Dan mengapa dia tidak pernah ingin menjenguk adiknya.
Watak Fitri pula boleh tonjolkan lagi perwatakannya yang lemah tapi tabah, dan bagaimana rakan-rakannya dan pakwenya merupakan tunggak penting dalam hidupnya. Bagaimana dia didera dari segi fizikal atau mental setiap hari. Mungkin ini juga mendorongnya untuk terus belajar sehingga ke menara gading.
Perhubungan watak Pak Long dan Mak Long boleh menjadi isi hangat sebab mereka selalu tidak bersefahaman tapi masih bersama. Kisah cinta mereka dahulu boleh dikembangkan!
Kebodohan Alia amat terserlah. Itu ok.
Watak Rozi dan suaminya agak misteri sebab penonton tak tahu siapa mereka. Kenapa harus Rozi bersuami? Kalau Rozi tak bersuami, Eddy tetap akan jadi anak ikan. Is it sebab nak adakan unsur taubat oleh itu watak suami dikenalkan?
Ok itu sahaja!
– Pengkritik Sandiwara