Hilang Kasih Di Sarajevo: Episod 3

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Episod ketiga. Let’s see the build up!

Rahman dibela daripada askar-askar musuh kerana dia seorang pelancong Muslim. Tapi dia tetap didera cuma kurang je. Lepastu dia diabaikan di tepi jalan. Mujur dia diselamatkan oleh pihak UN!

Cara Zana katakan “Abang” untuk memanggil Rahman amatlah janggal ya. Macam takda makna dalam perkataan tu.

Ibu Rahman kesal jodohkan anaknya bersama Ramona kerana dia syak Ramona ada sembunyikan sesuatu…atau seseorang? Tapi entah mengapa Rahman puji isterinya setinggi langit. Dia perli mak dia lattew.

Setelah dinodai seorang klien tua, Zack cuba mengurat dengan Rahimah.  Tapi kurang berjaya sebab setakat tepuk sebelah tangan gitew. Sampai dipakcik-zone semasa berbual tentang bisnes dalam talian. Kakak bekas suami Rahimah ternampak Rahimah bermesra dengan Zack, dia pun merakam video. And what about it? Mereka dah bercerai.

Ramona hamil dengan anak Adam. Walaupun telah berputus dengan Adam 3 bulan lalu, dia merangkak ke Adam sebulan lalu dan bersetubuh kerana kesunyian (dan juga Rahman tak bagi seks). Oleh kerana satu malam itu, benih Adam berevolve di dalam tubuh Ramona. Dia ingin mengugurkan kandungan itu.

Rahimah terlambat ambil anaknya dari tajaka dan kini anak dia mungkin bersama bekas suaminya, Shahrul. Dia segera menelefon ibunya yang selalu memandu di semak-semak. Kenapa dia tak bilang sekolah untuk halang Shahrul daripada ambil Alia? Kecoh satu pusat penjaja mereka gaduh pasal hak anak.

Rahman kini lebih bersemangat untuk melukis. Ramona pula asyik hampir kenek langgar. Mati sua. Besides unsur-unsur Sarajevo, this drama sebenarnya tak begitu “gah” seperti yang dijanjikan. Next.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s