Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Kepada anda yang minat sangat dengan seni teater tempatan, anda pasti tahu bahawa Pesta Teater Singapura yang dianjurkan oleh W!ld Rice akan kembali buat kali ke-6 pada bulan Julai ini! Kepada anda yang seperti katak di bawah tempurung, tahukah anda bahawa W!ld Rice mengenalkan skim baharu di mana 500 keping tiket diberikan secara percuma kepada belia dan juga pelajar!
Namun… Pada hari ia dilancarkan, kesemua 500 keping tiket itu sudah habis ditebus oleh para belia. Pantas sungguh! Maklumlah, percuma… Tak dapat saya nak claim tiket saya, saya terlalu lambat kerana sibuk dengan kerja sekolah pada waktu itu. Huhu.
Sebelum saya menulis lebih mengenai Pesta Teater Singapura, saya ingin mengumumkan bahawa saya sudah pun tamat tahun kedua saya di universiti so, I AM BACK!!!!!
Yes, saya mungkin telah melupakan blog ini beberapa bulan yang lepas kerana saya amat sibuk dengan sekolah, serta kegiatan luar sekolah seperti KERJA, hidup seharian dan CCA and whatnots. Dan sekarang, saya ada lebih masa untuk mengemblog! Bukan itu sahaja, saya juga telah mengambil modul teater semester lepas so if you are questioning my credibility to write reviews regarding theatres… HERE ARE MY QUALIFICATIONS, SIS.
Seperti biasa, pementasan-pementasan yang dipersembahkan di STF ini berasaskan topik-topik sosial masakini yang panas, kontroversial lagi relevan. Teater merupakan wadah yang amat sesuai untuk mengetengahkan isu-isu dan masalah sosial ini tanpa kelihatan begitu serius.
Dan pada edisi tahun ini, anda boleh menonton sebanyak 8 buah pementasan di bawah satu bumbung! And that bumbung is LASALLE College of the Arts, ya.
Press Gang
Bila: 5 – 15 Julai 2018
Mana: The Singapore Airlines Theatre
Ditulis oleh: Tan Tarn How
Diarah oleh: Ivan Heng
Dibintangi oleh: Benjamin Chow, Shane Mardjuki, Oniatta Effendi, Rei Poh, T. Sasitharan, Amanda Tee & Yap Yi Kai
Seorang bekas pegawai kerajaan (civil servant) yang kini bekerja bersama Singapore Times sebagai wartawan mendapat berita hangat mengenai isteri perdana menteri. Kisah ini meneroka isu-isu kebenaran dan juga kebebasan di dunia akhbar (press freedom).
Supervision
Bila: 5 ā15 Julai 2018
Mana: Flexible Performance Space
Ditulis oleh: Thomas Lim
Diarah oleh: Glen Goei
Dibintangi oleh: Farhana M. Noor, Janice Koh & Patrick Teoh
Yanti ditugaskan untuk menjaga Teck. Pada mulanya, Yanti mengikut kesemua tugas yang diberikan kepadanya oleh anak Teck, Jenny. Tetapi, Teck mempunyai caranya yang tersendiri. Yanti mula mengikut kehendak Teck dan bukan kehendak Jenny! Isu-isu seperti maruah dan keperibadian disoalkan melalui pementasan ini. Serta isu penjagaan ibu bapa which is very penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Singapura IMO.
G.F.E.
Bila: 12 ā15 Julai 2018
Mana: Creative Cube
Ditulis oleh: Chong Woon Yong
Diarah oleh: Ric Liu
Dibintangi oleh: Chong Woon Yong
(Double bill, dipersembahkan dalam Mandarin dengan sarikata Inggeris)
Not to be confused with BFG! (lame)
Seorang jejaka ke Geylang untuk mencari Girl Friend Experience. Kononnya, pekerja seks akan melayan jejaka seolah-olah pekerja seks ini girlfriend mereka. Namun, jejaka ni terhilang fokus dan terlalu emosi dalam sesi seks ni…
When The Cold Wind Blows
Bila: 12 ā15 Julai 2018
Mana: Creative Cube
Ditulis oleh: Neo Hai Bin
Diarah oleh: Thong Pei Qin
Dibintangi oleh: Joshua Lim & Joel Low
(Double bill, dipersembahkan dalam Mandarin dengan sarikata Inggeris)
Kisah-kisah yang berlaku semasa perkhidmatan negara yang masih menghantui Xavier Ong walaupun sudah bertahun meninggalkan fasa NSnya. Mengapa ya..?
Building A Character
Bila: 5 – 8 Julai 2018
Mana: Creative Cube
Ditulis oleh: Ruth Tang
Diarah oleh: Mei Ann Teo
Dibintangi oleh: Rebekah Sangeetha Dorai
Pementasan ini mengisahkan seorang pelakon bernama Rebekah Sangeetha Dorai (nama sebenar) yang ingin mencapai cita-citanya. Namun, kesemua impiannya pudar apabila watak yang diinginkan adalah watak orang “Cina atau Pan-Asian”. Apa akan dia lakukan untuk menyakinkan orang atasan bahawa dia layak untuk memegang watak-watak tersebut?
Faghag
Bila: 19 – 22 Julai 2018
Mana: Flexible Performance Space
Ditulis oleh: Pam Oei
Diarah oleh: Ivan Heng
Dibintangi oleh: Pam Oei
Kalau anda tidak tahu apa maksud istilah “faghag” then… Anda patut menonton ini. Kerana dalam pementasan ini, penonton diajak bersama untuk melihat pengembaraan Pam Oei sebagai faghag nombor satu di Singapura!
One Metre Square: Voices Of Sungei Road
Bila: 19 – 22 Julai 2018
Mana: The Singapore Airlines Theatre
Ditulis oleh: Cheow Boon Seng
Diarah oleh: Zelda Tatiana Ng
Dibintangi oleh: Ong Kian Sin, Tan Beng Tian, Michael
(Dipersembahkan dalam Mandarin, Hokkien, Cantonese dengan sarikata Inggeris)
Pada Julai tahun lalu, pasar lambak di Sungei Road yang sudah berdekad lamanya beroperasi ditutup oleh pemerintah. Melalui pementasan ini, isu-isu seperti kemiskinan, kemajuan dan pragmatism dihidupkan melalui watak-watak yang sering dilihat di pasar lambak ini.
An Actress Prepares
Bila: 19 – 22 Julai 2018
Mana: Creative Cube
Ditulis oleh: Alfian Saāat
Diarah oleh: Aidli āAlinā Mosbit
Dibintangi oleh: Siti Khalijah Zainal
?????? WHAT. URGH!!!!!! Ok, saya amat sedih dan marah kat diri sendiri kerana tidak sempat membeli tiket untuk pementasan yang dibintangi oleh KWEENFWEEN KIFITAFA!!!!! Sungfungguhfuh cefepatfat tifiketfet hafabisfis difijufualfal! Kita sering melihat Siti K memainkan watak-watak yang menarik di teater, namun kali ini, penonton bakal lihat Siti K sebagai Siti K di mana beliau mengongsi kisahnya sebagai penggiat seni teater.
So… Apa tunggu lagi? Cepat-cepat beli tiket sebelum terlambat, nanti menyesal. Jangan cakap takda duit, ye. Kan ada duit raya… Kalau nak beli tiket, semuanya boleh didapati di sini. Terdapat juga early bird tiket serta bundle tiket diskaun!
Selain pementasan-pementasan yang tersedia pada 5-22 Julai, terdapat juga forum-forum serta sesi kongsi pendapat sepanjang pesta ini! Antaranya adalah “The Art & L!fe Sessions“, “Late Night Fix” dan “Sunday Brunch“! Klik pautan untuk ketahui lebih lanjut!
Pastinya, anda tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menonton pementasan-pementasan yang tersedia di STF2018! Pasti berbaloi jika anda dapat melihat sekurang-kurangnya satu persembahan! Jika anda ingin membaca reviu-reviu yang lepas untuk STF, saya telah pun tulis untuk STF yang lepas. Iaitu Hotel dan Geylang, Riders & Hawa.
Jumpa anda di Singapore Theatre Festival 2018!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar-gambar oleh W!ld Rice)