Filem Reviu: Dukun

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Akhirnya, filem Dukun disiarkan di Pawagam setelah lebih sedekad menunggu!

Dibintangi Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae dan ramai lagi, filem yang diCANCELLEDT ini muncul pada tahun ini. Tak sangka betul!

dukun

Ada juga para pelakon (ehem Elyana) yang kini kurang relevan. LOL!

Dan jika anda semua menonton Dukun dengan harapan untuk menonton cerita seram atau hantu, well, think again!

Ini kerana filem yang diilhamkan oleh kes pembunuhan Mona Fenday ini bukan la cerita hantu pun…

Ia sebenarnya sebuah kisah siasat/selidik ala-ala How To Get Away With Murder. Watak Umie Aida diberi seorang peguam pro bono dan peguam ini sepatutnya membelanya. Tapi bagaimana nak membela seorang yang disyaki membunuh apabila si dituduh pun dah mengaku yang dia menetak kepala mangsa?

So.. Dalam filem ini, mereka menyiasat “pekerjaan” watak Diana dengan lebih mendalam serta tujuan sebenar mengapa Diana membuat sedemikian. Bukan itu sahaja, ia juga amat sukar untuk Kamil (Faizal Hussein) aka peguamnya untuk membela Diana kerana aspek ilmu hitam sememangnya sukar untuk diguna sebagai bahan bukti dalam mahkamah. Namun, orang ramai percaya akan ilmu hitam dan oleh itu, bolehkah beliau gunakan itu sebagai advantage untuk membela nasib Diana?

SPOILER ALERT

Memang benar bahawa Diana tiada niat untuk membunuh si Datuk gian tu. Pada pendapat saya, si datuk gian tu yang mencari nahas sendiri dengan tidak mengikut pantang. Namun pada masa yang sama, saya rasa Diana tidak seharusnya menghadap ke mahkamah kerana sekiranya ada surat-surat rasmi black & white, Diana akan bebas dari hukuman gantung. Kerana perjanjian antara mereka berdua adalah, jika datuk gian mengikut pantang, dia akan mendapat kuasa (or whatever) daripada ilmu sihir Diana. Dan jika tidak, kemungkinan tinggi dia akan mati akibat ditikam pedang sakti (or something). So by right, Diana sepatutnya ada IMMUNITY! Fikirlah otak! Si datuk gian yang cari nahas abeh nyawa Diana yang kenek gantung. Padahal Diana cuma cari rezeki je kot.

Itu sahaja! And for those who said that this movie is trash, you’re trash. This is How To Get Away With Murder realness. Kau rasa Annalise Keating boleh selesaikan kes ni ke? Kami rasa tidak.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s