How Did The Cat Got So Fat oleh The Studios x Feed Your Imagination (F.Y.I) merupakan sebuah persembahan monolog yang dipersembahkan oleh RATU teater kegemaran kami, Siti K. Diarah oleh Tan Beng Tian dan ditulis oleh Zizi Azah, ia mengisahkan pengembaraan seorang budak kecil bernama Fatimah bersama Mr Minismen, seekor/sebuah permainan lereta-kereta 50sennya.
Bersama Mr Minismen, Fatimah dibawa ke alam yang lain, ala-ala Alice in Wonderland. Dan setiap tempat di alam ini merupakan sebuah segmen yang tajuk segmen tersebut diilhamkan oleh ikrar Singapura (pementasan ini juga bermula dengan bacaan ikrar dalam Bahasa-bahasa rasmi Singapura oleh kanak-kanak).
Di dunia fantasi ini, Fatimah berjumpa dengan watak-watak (pepatung) yang mempunyai masalah atau kisah-kisah menarik tersendiri.
Watak pertama yang Fatimah berjumpa adalah seorang pembantu rumah (yang dihidupkan melalui pepatung mop) yang sedang dalam kesusahan kerana hamil. Dan malangnya, pakwe banglanya tidak bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, majikannya pula ingin dia menggugurkan bayi tersebut agar dua-dua pihak boleh teruskan kehidupan macam biasa. Fatimah yang amat innocent itu seolah-olah keliru dengan kejahatan yang dilakukan terhadap pembantu rumah ini oleh majikannya. Pelik sekali, si mop ni nak anak dia lihat kabah la, apa la padahal dah berzina. Oh, the hipocrasy!
Seterusnya, dia bertemu dengan pakcik teksi (pepatung kayu??) yang tak henti-henti berceloteh tentang kepentingan pelajaran dan pencapaian pelajar Melayu. Anaknya telahpun tamat pengajian tinggi, dengan ijazah kejuruteraan, youalls! Malangnya, anaknya tidak mendapat kerja dalam bidang kejuruteraan kerana atas alasan-alasan yang sering kita dengar. Iaitu kelayakan yang terlebih/terkurang, “dwibahasa”, pengalaman kerja yang tidak mencukupi, sexisme (maternity leave) dan lain-lain lagi. Biasalah, kan? Inilah keperitan para mahasiswa sekarang. Pakcik tu berkata bahawa anaknya membuka kafe. Kerana cara tersenang bagi orang Melayu mencari rezeki adalah membuka gerai makanan. Ye lah, lagi-lagi sekarang sedang tren, kan makan hipster all! Macam mana kaum kita bukan golongan yang paling berisiko menghidapi kencing manis?!
Setelah itu, dia berjumpa dengan seorang makcik (ekcili patung ayam yang agak besar) yang amat sombong dan tidak mahu memberinya makan. Dia hanya mementingkan dirinya dan keluarganya. Ia seolah-olah melambangkan segelintir masyarakat kita (privileged ones) yang tidak berhasrat untuk menolong mereka-mereka yang susah dan hanya ingin mencapai kejayaan untuk diri sendiri. Secara peribadi, merekalah golongan yang paling toxic dalam masyarakat kita. Mentang-mentang dah up there, mereka fikir apa???? But inilah realiti, golongan seperti ini wujud dan tidak ingin pandang pun mereka-mereka yang dalam kesusahan.
Kemudian, Fatimah berjumpa dengan seorang Ah pek (patung tin milo + tali + senduk) yang asyik sahaja mengadu tentang pemerintah. Tentang bil api/air yang asyik turun naik, sokongan pemerintah terhadap bakat tempatan vs bakat asing, menyoal akan patriotisme dan macam-macam lagi. Very ah pek of him to do so. Biasalah, sifat warganegara Singapura untuk mengadu tetapi tidak mahu melakukan apa-apa untuk membantu diri mereka. Caste system do exist if you really think about this.
Fatimah pula terjumpa seorang kakak dalam bidang sains yang sedang menghasilkan sebuah timbang istimewa yang mampu menimbang 4 jenis barang pada masa yang sama. Menurutnya, timbang ini sempurna dan mampu menimbang dengan adil. Namun, apabila biji-biji diletakkan ke timbang, ia jelas bahawa timbang ini bukannya adil. Setiap biji melambangkan individu dalam masyarakat (bangsa) Singapura. Ada yang menolong satu sama lain, ada yang menarik sesama sendiri, dan ada pula biji yang melompat ke timbang lain untuk memusnahkan biji-biji lain. Ini amat jelas sekali bahawa ia menunjukkan bagaimana setiap kelompok masyarakat bekerjasama untuk mencapai kejayaan atau sebaliknya.
Bukan hanya kakak berjaya yang wujud, kakak tudung pun ada di dalam alam ini. Semestinya, watak ini diwujudkan untuk menimbulkan isu dilema agama vs trend yang berkaitan dengan tudung. Adakah tudung yang mahal dan mewah boleh dianggap sebagai “ibadah” atau sekadar tren masa kini? Adakah pemakaian tudung hanya untuk menunjuk-nunjuk di Instagram bahawa sebagai seorang muslimah, anda menutup aurat dengan tudung yang mahal?
Selepas dah terkena #donedakwah oleh sis tersebut, Fatimah bertemu dengan seekor dinosaur yang dengan bangganya menceritakan tentang pelaburan asing yang dilakukan di Singapura dan kepentingannya. Kemewahan dan kebaikan syarikat asing telah bawa ke negara ini. Dia juga dihasut untuk berjudi! Dia juga berdoa agar dia menang dalam judi tetapi, Fatimah tidak mendapat balik apa-apa dari mesin Jackpot…
Akhir sekali, dia bertemu dengan seorang snow(wo)man. Saya rasa ini watak yang paling menarik sekali kerana ia direalisasikan dengan menggunakan bayang-bayangnya! Sungguh menakjubkan!!!! Bukan itu sahaja, mereka berdua bertutur dalam Bahasa F (F Language) in ENGLISH!!!!!! Selalunya F language ditutur dalam Bahasa Melayu tapi kali ini, Inggeris. I was blown away okay????? Sungguh fluent sekali Siti K berbicara dalam Bahasa F v. Inggeris hahaha. Lebih perhatian terpaksa diberi kepada perbualan ini kerana sari kata tidak ditayang. Mampukah penonton bukan Melayu memahami segmen ini? WeFe WereFere ImFimPressedFressed! Bayang-bayangnya menyuruhnya untuk terus tinggal di alam ini supaya ayahnya dapat hidup seperti biasa, tanpa memikirkannya (one less problem w/o you). Tetapi, Fatimah ingin pulang kerana dia masih sayang akan ayahnya serta ibu dan adiknya.
Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa pementasan ini dapat menimbulkan isu-isu yang masih relevan di hati warga Singapura, terutama sekali masyarakat Melayu. Walaupun pementasan ini telah dipentaskan bertahun yang lalu, dramaturg Zulfadli Rashid mampu mengubahsuai pementasan ini agar ia kekal relevan dan dapat menyentuh isi hati penonton. Isu-isu seperti pembantu dan majikan, pelajar melayu di universiti dan lain-lain masih dibicarakan hingga hari ini. Natijahnya, kisah ini menunjukkan the flaws of the Singapore’s democratic society as a whole uh tapi pada masa yang sama, ia juga sebuah pementasan yang melambangkan identiti kita!
Jika anda ingin menonton, tiket-tiket boleh didapati di sini.
– Pengkritik Sandiwara