Previu: Underclass

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Drama Box dan The Necessary Stage berganding bahu sekali lagi dan sama-sama mempersembahkan Underclass yang ditulis oleh Haresh Sharma dan diarah Alvin Tan dan Kok Heng Leun.

Pementasan yang menerapkan pelbagai bahasa ini mengetengahkan isu-isu ketidaksamaan yang wujud di dalam masyarakat Singapura, pecah-belahan antara darjat dan status seseorang dan siapakah yang bertanggungjawab untuk menangani masalah ini?

Underclass mengisahkan kehidupan Xinyi, seorang warga emas yang kehilangan periuk nasinya, kemudian rumahnya akibat penyakit yang dihidapinya. Setelah berpindah ke rumah sewa, dia mengenali jiran baharu, Johari. Mereka berdua ingin menempuh kesukaran, dan pada masa itu, mereka berjumpa pelbagai individu yang memberi mereka apa jua sokongan.

Saya rasa ia sebuah pementasan yang acah-acah sentap kerana semakin Singapura menjadi negara yang lebih kaya (GST naik wei), masih terdapat segelintir daripada kita yang dihimpit masalah. Dan adakah kita yang lebih berkemampuan mempunyai tanggungjawab untuk menolong mereka yang kurang mampu? Sedangkan kita sendiri mungkin mempunyai masalah masing-masing?

Underclass dimainkan oleh Brendon Fernandez, Goh Guat Kian, Yazid Jalil Yang Shi Bin dan SITI K!!!! Underclass bakal berlangsung dari 16 Mei – 3 Jun di TNS Black Box,Tiket-tiket boleh didapati di Sistic!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s