Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tahukah anda bahawa di Toggle, terdapat webisod-webisod Kisah Tok Kadi? Webisod-webisod ini mengisahkan tentang aspek cinta kehidupan Ustaz Shahrul. Dari zaman politekniknya sehinggalah dia bernikah dengan Humairah.
Ingat tak dulu masa musim pertama, kita ada hashtag #TeamHumairah #TeamSiti dan #TeamMaria? Ha… Dalam webisode 12 episod ni, setiap kekasih Ustaz Shahrul ada 4 episod mengenai cinta mereka. Bagaimana mulanya, perjalanannya dan akhirnya.
Webisod 1-4 membawa penonton ke zaman politeknik Ustaz Shahrul di mana dia dan Maria bercinta.
Cinta berputik di sebuah kelab (??) dan walapun personaliti mereka amat berbeza, mereka bersteady. Rakan-rakan Maria berpendapat bahawa mereka tak secocok dan Shahrul amat clingy/kongkong tapi Maria suka akan perhatian yang diberi Shahrul. Apabila sudah graduate, Shahrul ingin melanjutkan pelajaran la (Islamic Studies) tanpa memberitahu Maria. Maria terkejut beruk dan dia pun nak jadi pramugari tanpa memberitahu Shahrul. Mereka terpaksa putus kerana tidak sehaluan. Dalam episod 4, mereka bertemu lagi untuk catch-up. Maria nangis beruk kerana putus dengan pakwe. Shahrul kesiankan dan fikir ada chance la ni tapi dikecewakan lagi sebab the next date je Maria dah get back together dengan pakwe mat salleh dia… Tu pun sebab terserempak. Gitu pun boleh patch up????? Kesian Shahrul kasi sejadah tapi Maria tak amek. Belum sedia la.
Saya suka dengan episod Maria ni sebab ia menunjukkan zaman pra-matang Shahrul. Di mana beliau macam kongkong dan tergila-gilakan seorang wanita. Ia menunjukkan bahawa watak Ustaz Shahrul telah pun melalui pelbagai rintangan untuk menjadi seorang yang matang!
Episod Siti ni paling meluat sebab Siti syiok sendiri. Dia fikir Ustaz Shahrul post gambar kat Instagram pasal dia? Abeh dia nak pakai baju macam wanita Melayu terakhir segala. But güd job Suria kerana mengemukakan isu seperti ini. Wanita tidak seharusnya memakai atau bawa diri sebagai apa yan diklasifikasikan sebagai “wanita” oleh masyarakat. Just be yoself!
Pada akhir episod Siti, Siti terpaksa menolak tawaran Ustaz Shahrul untuk menjadi teman kerana Shahrul asyik bergantung kepada rakan baiknya, Isa. Sikit-sikit Isa je yang jadi middleman. Siti inginkan seorang JANTAN yang berani meluahkan perasaan. Dia kata dia ada pakwe dah lol.
Ni yang paling comel. Mereka terjumpa semasa kegiatan kem or something. Abeh Humairah tulis surat cinta hehehe comel abeh Shahrul tersenyum tersengih sendiri. Fast forward, mereka bertunang. Dan Shahrul ternampak gambar bekas tunang Mai. Dia ingin tahu. Mai bilang la tu kisah silam. Tapi macam unfair sebab Shahrul pun rahsiakan tentang dia dan Siti??? Abeh bila Mai nak amek dia sebagai jurugambar untuk wedding, sempat Shahrul reflek??? Hmm… Yang paling cute bila Shahrul tersipu malu bila ternampak Mai bertudung buat kali pertama. Cute wei lakonan Beto ni!!!
Lakonan Beto srsly feels sak. Dia sedih bila putus cinta, penonton dapat rasa. Bila dia tersengih sebab bercinta, macam penonton yang bercinta. Bagus wei, Syabas dok.
– Pengkritik Sandiwara