Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!
Sebelum saya mulakan kupasan saya mengenai episod 3, saya ingin memberitahu bahawa saya akan hentikan reviu untuk drama #SR115 kerana sejauh ini, saya masih keliru apabila menontonnya. Sungguh belit! Namun, pada masa yang sama, ia amat menyeronokkan. Mungkin saya akan menulis tentangnya pada episod yang terakhir.
Kembali kepada Kisah Tok Kadi 2, episod minggu ini mengisahkan percintaan antara dua warga emas.
Shahrul tidak mahu Mai memandu apabila masuk Johor kerana bahaya. Biasalah orang Mesyo. Hahhaha.
Ini Encik Salam. Dia seorang duda yang tidak mempunyai anak dan ingin bernikah dengan Timah. Dia memberitahu rakan-rakannya bahawa dia akan bernikah lagi. Ini kerana dia inginkan seseorang untuk mendampinginya dalam usia senja ni.
Encik Salam memberikan ikan tangkapannya kepada Nek Timah. Cucunya ketawa kerana tidak diberi bunga.
Nek Timah kata bunga cepat mati, kasi ikan lebih afdal boleh makan bersama. Ah ye, ikan takkan cepat mati sebab dah mati pun.
Ustaz takde doa kebal dari virus.
Oleh kerana untuk senangkan Mai (dalam bisnesnya dan juga untuk ke Johor dengan menaiki kereta), Shahrul mengambil sebuah motosikal.
Orang tua pun pergi kursus rumahtangga. Apa lagi orang muda, eh?
???? Suka hati ah. Kenapa Zetty tak nak mak dia kahwin lagi eh? Kalau mak dia bahagia dengan seorang suami, apa masalahnya?
Mereka berbincang tentang majlis akad nikah pertama Ustaz Kamil.
Dalam drama ini, mereka malu untuk berbincang hal “malam pertama”. Padahal, pakcik-pakcik (lagi-lagi pakcik haji ni semua) lah yang paling GIAN apabila topik ini dibincangkan! Nak step konon, Suria. Pui. Salam kata dia kahwin bukan untuk nikmat batin, tetapi untuk teman gitew.
Ainah cuba lagi mengorat Ustaz Kamil. Tapi tanpa pengetahuannya, dia mengganggu Kamil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang kadi. Kasihan Kamil terpaksa “marah” Ainah. Mula-mula marah, lepastu cinta. GITEW KLISYENYA.
Bagaimana Zetty tahu Encik Salam berada di jeti? Dia check-in Fesbuk ke? Kalau ye pun, Zetty dan Encik Salam friends di Fesbuk? Pelik.
Kasihan Nek Timah. Dibelenggu dilema wanita. Dahulu, cintanya dengan Encik Salam diharamkan kerana ibu bapa tidak restu. Kini, anak pula tidak restu.
Mai risau Shahrul naik motor. Comel gitu.
Setelah kelas agama, Encik Salam meminta nasihat daripada Ustaz Shahrul.
Bukan setakat menjaga halal gap, tetapi pergaulan halal juga!
Zetty muncul dan menjemput ibunya pulang. Dia tidak suka ibunya bersama Encik Salam.
Semasa ingin gostan, Zetty terlanggar Ustaz Shahrul. Alamak!
Ibu Shahrul menjenguk Shahrul. Mereka pun berbincang mengenai kereta baru sebab COE nak dekat luput. Mai sarankan grab sini sana je, lagi senang dan jimat. Mak dia macam tak suka je…
Oleh kerana sakit hati, Encik Salam ke rumah Nek Timah untuk membatalkan perkahwinannya! Oh no!
Zetty tidak percaya dengan keputusan Encik Salam. Merepek, kan? Dia tak bagi restu abeh bila kehendak dia menjadi, dia pulak yang terhegeh-hegeh suruh Encik Salam untuk tidak putuskan perkahwinan. Gila. Dia ingin tahu sama ada Encik Salam akan kacau harta peninggalan arwah ayahnya. Apa je???? Kau bolot sua harta arwah bapak kau. Abeh ada syarat. Dia kongkong segala persiapan perkahwinan. Hmm… K.
Siti dan Isa terserempak. Asal Siti masih relevan eh? Dia kononnya tak kisah pasal Shahrul tapi bila beritahu Shahrul cedera, terus kejung.
Gross. Buruk sak pilihan anak dia.
Encik Salam menunjukkan gambar-gambar yang dipetik di butik kepada rakan-rakannya.
Isa memberitahu Shahrul bahawa Siti masih peduli tentang hal ehwalnya.
Si kawan dia letak apa entah dalam minuman Salam… Ubat kuat?
Tapi dia yang minum abeh cirit-birit. Dah lah bau busuk, ganggu majlis. Sampai tangguh.
Kesian Nek Timah. Dia kata kawan suami dia macam nak main-mainkan gitew.
Dia pun meminta maaf. Dia ni umur berapa? Cakap pasal seks, nak prank orang. Tak betul.
Anyway, nasib dua mempelai ni tak pakai baju merah yang hodoh tu. Dan, walaupun dah kerepot, mereka buat majlis di hotel. Curlass. Orang muda tak mampu.
Shahrul, bersama ibu dan isterinya melihat kereta-kereta baru. Ibunya inginkan kereta tinggi manakala Mai lebih selesa dengan kereta yang sederhana kerana dia baru dapat lesen. Mai rasa sakit hati gitew kerana suaminya pentingkan ibunya sendiri. Ibu Shahrul ternampak perbualan Mai dan Shahrul dan terus mintak diri.
Kesian Shahrul. Mampukah dia memuaskan hati dua-dua wanita dalam hidupnya ini? Apa yang akan dia lakukan agar tidak akan menyakiti hati siapa-siapa?
Ok, saya ingin tahu apakah motif watak Siti dalam musim ini. Sungguh tak perlu. Dan bilakah watak Erwin Shah Dawson akan muncul?
– Pengkritik Sandiwara