Salam sejahtera, para pembaca setiaku.
Tadi, saya baru sahaja menonton episod pertama Ejen I Cakap walaupun minggu ni episod terakhir hahaha.
Ia merupakan sebuah rancangan info-ed la ye untuk ketengahkan isu-isu jual beli rumah. Macam Kathy Gerenti gitew. Orang Melayu masih tak begitu pandai bab-bab ni kot…
Saya rasa ia sebuah rancangan yang penuh dengan maklumat yang penting bagi orang muda yang berhasrat untuk membeli rumah. Cuma cara penyampaiannya agak pelik. Kadang-kadang, hos Fakkah Fuzz terberbual Bahasa Melayu Baku. Pelakon-pelakon yang memainkan watak role-play gitu seolah-olah membaca skrip. Seperti menonton persembahan semasa assembly di sekolah rendah. Para pakar yang dijemput begitu kaku.
Kartun atau animasi watak Fakkah Fuzz amat comel sekali! Cuma… Dia pakai kot merah abeh ada benda-benda melebih dijahit ke kotnya? HUH? APA sak.
K itu sahaja.
– Pengkritik Sandiwara
hi admin, i suka dengan you nye blog on these local sandiwara. i share the similiar views as you too. bukan kita nak kata yg kita ni lebih baik (entah jadi entah tidak drama kalau kita yg jadi penerbit, hahaha), cuma kekadang, sandiwara2 lokal kita ini kurangnye daya tarikan. bukan tak ada kualiti, cuma nye kalau dah kerap sangat kita nampak muka yg sama di kaca TV (sekarang TV mana ada kaca lagi, tak iyer nyahhh), kita macam nak picit ajer button remote tukar ke rancangan yang lain. iyer memang itu periuk nasi mereka. Rezeki kerjaya ditentukanNYA. tapi entah lah, tak orang tak kita kan nyahhh. Rancangan2 seberang yg lebih meluas daya tarikan yg membuat kita membanding2 bandingkan produksi2. Admin, cuba kritik rancangan yg sara sarankan ini. JUARA MIC JUNIOR. Salams.
LikeLike
Wsalam. Terima kasih atas komen-komen yang bernas. Kupasan Juara Mic Junior boleh dibaca di sini: https://pengkritiksandiwara.wordpress.com/2018/01/10/terbaru-juara-mic-junior/
LikeLike