Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Akhirnya! Yes, saya akan menulis mengenai musim kedua Kisah Tok Kadi. Saya pasti segelintir daripada anda telah pun menonton kesemua 13 episod musim kedua ini kerana seluruh 13 episod boleh ditonton orang awam sebelum tanggal 3 Januari; iaitu tarikh tayangan episod pertama musim kedua.
Kononnya nak galakkan penonton untuk binge watch ala-ala Netflix gitew. Pada mulanya, saya begitu teruja apabila mendapat tahu bahawa saya boleh binge watch Kisah Tok Kadi 2 (#KTK2) tetapi apabila sudah menonton episod pertama, seolah-olah tidak bermaya untuk meneruskan misi tonton secara berterusan ini. Ini kerana ia bukan sebuah drama bersiri yang dikhaskan untuk binge watch seperti yang diterbitkan oleh Netflix. KTK2 adalah sebuah drama yang mampu wujud secara satu episod. Jika seorang penonton baru menonton satu episod (let’s say ep 3) dia tidak perlu tahu sangat apa yang berlaku sebelumnya atau apa yang bakal berlaku. Ia sebuah drama yang amat bermutu dan bagus sekali, no doubt. Cuma bukan binge watch worthy la, kan?
Seperti episod-episod pada musim pertama, dalam setiap episod, terdapat sepasang bakal pengantin yang ingin mendirikan masjid tetapi ditimpa halangan atau cobaan. Pasangan episod pertama musim kedua adalah antara seorang seorang lelaki yang mempunyai masalah pendengaran dengan seorang wanita. Secara terus terang, dugaan yang harus dijalani pasangan ini amat biasa-biasa dan klisye. Tiada apa yang menarik sangat la, semua pasangan mungkin akan alami ni kot?
Apa yang menarik perhatian saya adalah pengunaan Bahasa Isyarat dalam episod ini! Saya amat terharu kerana Bahasa Isyarat mendapat recognition di national TV dan digunakan dalam drama/rancangan yang ditayangkan pada masa perdana! Ia menunjukkan bahawa Suria ingin menggalakkan masyarakat kita supaya menjadi masyarakat yang inklusif! Tahniah Suria dan pasukan #KTK2!
Bagi perkembangan perhubungan Humairah dan Ustaz Shahrul pula… Saya tidak akan memberi sebarang ulasan kerana belum bergitu kembang lagi. So tunggu je la eh?
Selain itu, terdapat webisode-webisode di Toggle bertajuk Kasih Tok Kadi di mana kisah kasih Ustaz Shahrul dikongsi bersama. Saya baru sahaja menonton webisode pertama dan saya tiada masalah pun cuma ia sepatutnya flashback ke zaman politeknek tetapi semua pelakon terlajak umur macam post-grad pulak…
– Pengkritik Sandiwara