Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ok, ini bukanlah reviu yang real tetapi setakat curahan hati dan saja nak kongsi bersama. Saya telah pun menonton The Greatest Showman untuk kali kedua malam semalam!!! Ia begitu bagus sekali!!! Kali pertama saya tonton, saya tak tahu pun ia sebuah muzikal… Saya ikut sahaja rakan saya nak tengok cerita ni.
Jalan ceritanya amat biasa-biasa saja; mengenai seorang yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan untuk mencapai kejayaan dan terpaksa mengalami cabaran dalam perkahwinannya. Apa yang membuatnya WOW adalah cara ia disampaikan dan juga plotnya yang menarik. Lagu-lagunya juga amat rancak dan menaikkan nafsu!
Selain itu, lakonan, nyanyian dan tarian para pelakon hebat dalam filem ini amat mempersonakan! Mestilah, Hugh Jackman, Zac Efron, Zendaya, Michelle Williams dan ramai lagi. Bukan calang-calang! Suria actors can never.
Pendek kata, saksikanlah filem ini untuk mengalami keajaiban muzikal ini!
Cuma… Mungkin mereka boleh put in more effort kepada kesan visual dan juga pertimbangkan hukum-hukum fizik dalam pergerakan tari, ye.
– Pengkritik Sandiwara