Terbaru: Juara Mic Junior

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Saya pasti ramai tadi duduk di hadapan TV anda untuk menonton Ceria Pop Star Juara Mic Junior, bukan? Jika anda pengikut setia blog ini, saya pasti anda dapat teka bahawa saya akan mengulas tentang tajuk rancangan ini yang mempunyai 2 perkataan Inggeris. Mengapakah tahuk harus perkataan Inggeris? Kenapa tak “Juara Bintang Cilik” ke apa?? Suria, sebagai satu-satunya saluran Melayu yang percuma, harus berhenti trend tajuk-tajuk Inggeris ini!

Rancangan ini dihoskan oleh Farhana M Noor, Fadli Kamsani dan diringi hos si comel, Freda Mel. Saya rasa cara pengacaraan mereka bertiga ok sahaja. Sesuai untuk rancangan kanak-kanak.

Cuma, saya ada sedikit masalah dengan kesan/efek visual yang muncul apabila para peserta bernyanyi. Tetiba ada pelekat-pelekat (stickers) yang muncul tanpa sebab. Keliru saya dibuatnya. Ia juga amat menjengkelkan!

Selain itu, lelaman Fesbuk Suria juga sibuk membuat #LIVEupdates!

BOHONG! Ini semua sudah dirakam pada tahun lalu! Kanak-kanak ni semua dah pulang ke sekolah sekarang dan mungkin sedang tidur kerana keesokan harinya harus bangun pagi!

Sungguh comel melihat adik-adik ini semua menyanyi di atas pentas. Begitu berani sekali menonjolkan bakat mereka kepada orang ramai! Amat berbakat sekali, bukan setakat menyanyi sahaja, berdansa juga! Syabas!

Dan seperti rancangan-rancangan realiti Suria yang sebelumnya, apakah perancangan bagi JUARA rancangan realiti ini? Lihat sahaja pemenang rancangan realiti Suria yang lalu. Seperti Kolej Komedi, Gegar Vaganza SG Mania, Anugerah 2017 dll. Manakah mereka?

Saya hanya ingin mengatakan bahawa individu-individu ini semua merupakan golongan yang amat berani kerana mampu membuat persembahan di atas pentas yang disiarkan di TV negara! Namun, saya harap setelah rancangan ini, bakat yang diasah tidak akan dibiarkan begitu sahaja. More needs to be done AFTER the show. Dan this applies to ALL rancangan realiti Suria.

For a singing competition, this is very auto-tuned. LMAO.

Kepada adik-adik di luar sana, jangan putus asa mencapai cita-cita anda! Teruskan usaha anda, ya?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s