Syurga Ibu: Episod 12

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Maaf kerana sudah lebih seminggu saya tidak mengemaskini blog ini. Maklumlah, saya kini sedang bertapa di puncak gunung Everest di Nepal untuk mendapatkan hidayah seperti mana sang Buddha telah lakukan di bawah sebatang pokok pada zamannya dahulu.

Walaupun tiada rangkaian wifi di atas gunung ini, epidos terbaru Syurga Ibu telah pun muncul di dalam mimpi saya pada Rabu lalu. Oleh itu, saya juga tidak ketinggalan dalam drama penuh kemerepekan ini.

Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi dalam epidos 12.


Akhirnya, Hilmi mendapat tahu bahawa rakan karibnya, Syarif, cuba mengambil kesempatan terhadap adiknya anak saudaranya, Syurga. Dia amat marah dan oleh itu, bersemuka dengan Syarif. Apabila sedang bertumbuk-tambak, dia pun terthathul dan mengatakan bahawa Syurga ANAK kepada Hilda… JENGJENGJENG. Syarif pun terkejut beruk dan amat hampa sekali.

Secara peribadi, saya rasa kejadian ini disengajakan di mana istilah “anak” digunakan dan bukan “adik”. Ia juga seolah-olah tidak berlandaskan unsur logik kerana keluarga Syurga sudah 20 tahun menganggap Syurga sebagai adik dan telah menerima hakikat bahawa Syurga adalah adik bongsu. Jadi, agak pelik untuk Hilmi untuk dengan secara tiba-tiba menggunakan istilah “anak Hilda” untuk refer to Syurga. Sedangkan insiden ini semua baru saja berlaku. Takkan cepat sangat mereka gunakan istilah anak ini semua? Unsur kebetulan A+.

Selain itu, Syurga juga memberitahu keluarganya bahawa pihak lelaki (Kaunselor) bakal menghantar wakil. Setiap ahli keluarga tidak setuju pada mulanya tetapi, Hilmi memberitahu bahawa dia tidak ingin pisang berbuah dua kali. Pada masa yang sama, Syurga dengan bersungguh-sungguh meyakinkan ahli keluarganya. Hilda juga menyokong tindakan Syurga. Malangnya, dia tidak tahu bahawa tunang Syurga sebenarnya si Kaunselor.

Hilda juga ingin dilepaskan oleh Syarif. Dia berpegang tangan dengan Kaunselor kononnya mereka muhrim. Syarif ternampak. Hilda berjumpa Kaunselor agar mereka boleh reconnect dan membenarkan Kaunselor jumpa anak mereka…

Seri pulang ke kerja dan ingin sabotaj musuhnya sekali lagi. Tetapi, kali ini musuhnya telah pun menarik Seri ke dalam perangkapnya! Kasihan Seri ditangkap basah! Ekcili macam bodoh tau. Asal dia tak matikan laptop dia eh? Kan perlukan kata laluan untuk mengakses komputer riba… Musuhnya pun memetik gambar. Suara kesan petikan gambar sungguh ekstra.

Episod ini berakhir dengan face-crack of the hour di mana Syurga beriya-iya sangat ingin berjumpa bapa kandungnya dan apabila bapa kandungnya tiba, ia rupa-rupanya Kaunselor…

EPIDOS TERAKHIR minggu hadapan! Apa yang akan berlaku? Bagaimanakah Kaunselor dan Syurga ingin selesaikan masalah hubungan mereka? Adakah Mat Kental (Sufie Rashid) akan memikat Syurga setelah mendapat tahu bahawa hubungan Syurga dan Kaunselor merupakan sumbang mahram?

Ramalan saya:

Hilda pengsan buat seketika setelah diberitahu bahawa Kaunselor dan Syurga sudah bertunang (secara tidak rasmi). Kaunselor lari ke Australia untuk ke sesi kaunselling kerana insiden ini amat memeranjatkan. Syurga menangis dan berlari ke KL untuk mengadu kepada Mat Kental. Namun, Mat Kental sudah popular sehinggakan terlupa akan kewujudan Syurga. Syurga pun berlari ke kampung Neraqa dan mengadu kepada satu-satunya rakan yang dia ada. Seri dibuang kerja dan bertekad untuk menjaga anaknya setelah melihat kejadian malang yang menimpa Syurga. Dia tidak mahu anaknya tidak diberi kasih sayang dan perhatian. Dia menjadi seorang full-time mom. Manakala Hilmi bertungkus-lumus berkerja sebagai jurugambar untuk membiayai kos kehidupan untuk keluarganya. Hilda dan Syarif bercerai. Syarif ke Jepun untuk membuka bisnes video lucah bagi suami-suami yang sering diabaikan isteri. Antara genre-genra khas yang disediakan syarikat Syarif adalah Exotic South East Asian Hijabis, Oppressive Housewives dan juga HoneyBunnies. Hilda pula kemurungan tetapi masih kerja di butik makciknya untuk menampung kehidupan.

Oleh kerana hati mereka disakiti jantan, Syurga dan Neraqa menjadi pasangan Lesbianita Melayu/Islam terbuka (out of the closet lesbians) pertama di Malaysia dan Singapura yang mempunyai seorang anak. Mereka menjadi feminist lesbianita yang menegakkan kesaksamaan dan hak manusia tak kira jantina dan orientasi seksual. Mereka juga ingin membenarkan INCEST pada 20 tahun akan datang.

– Pengkritik Sandiwara

 

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s