Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Maaf kerana saya terpaksa memulakan tahun 2018 dengan reviu mengenai Syurga Ibu.
Pos ini akan saya cuba padatkan agar ia ringkas dan senang dibaca. Lagipun, saya tidak mahu buang masa on this cow dung.
Syurga dan Kaunselor bertemu. Syurga menangis teresak-esak. Lakonan Yuslina Yusof v questionable. Dia belajar berlakon daripada Nurul Aini ke? Saya kurang pasti bagaimana that cut made it through national TV. It’s quite a pain to watch. Selain itu, lakonan Kaunselor apabila dia berpisah dengan Hilda juga teramat kaku. Berbual Melayu suku kata demi suku kata. Macam budak baru belajar. Adakah ini kerana watak Kaunselor dahulu bermastautin di Australia dan pengunaan Bahasa Ibundanya merosot? Ataupun Zachary Ibrahim tidak boleh berlakon watak Melayu?
Kesudahan drama ini amat mengecewakan. Malahan, saya rasa kesimpulan drama ini seperti tidak memberi kesan ataupun redundant. Masing-masing pulang ke kehidupan seperti dahulu kala. Kecuali Syurga. Hilda dan Syarif berpisah. Kaunselor menjalani hidup sedia kala. Seri dan Hilmi? Nobody gives a fuck about them lmao. Neraqa di kampung. Dan Syurga ke pangkuan Mat Kental. Mat Kental, kerana tak laku, menerima Syurga. Syurga pulak gian dan perlukan seorang REBOUND. Hahahahahahha. Boleh eh Mat Kental terima hakikat bahawa dia second choice? Dia macam Pak Sanggup but without the baby. Saya pasti perhubungan mereka tidak akan kekal lama kerana ia bukan cinta tulen tetapi TERDESAK.
TBH, drama ini mempunyai plot yang menarik. Plot twist yang SHOOK-worthy. Tetapi cara ia disampaikan agak flop. Dan penyelesaian yang tidak menyelesaikan apa-apa. But then again, I’m bias. Mungkin kerana saya sudah meneka bahawa Kaunselor adalah bapa kandung Syurga. Dan Syurga adalah anak kepada Hilda. Ini semua saya telah bongkar pada awal-awal drama bersiri ini. Mungkin kepada penonton yang kurang cerdik, mereka memang betul-betul terkejut menonton drama ni, kot?
Oh wells, can’t wait for Kisah Tok Kadi 2. Memang la boleh ditonton di Toggle secara percuma tetapi saya takda masa.
– Pengkritik Sandiwara