Gara-gara Nurul dan Shahril

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Wow, nampaknya strategi saya berkesan. Entri mengenai Xiaxue tak kenal Aaron Aziz begitu meletop sekali! Kalau belum baca, pergi baca! Klik di sini. Si Xiaxue ni tak kenal Aaron Aziz tak mengapa, asalkan Aaron Aziz masih kekal relevan kepada masyarakat Melayu setempat! Sampai sekarang masih diundang untuk rancangan temu bual. Seumpanya rancangan temu bual terbaru di Suria yang bertajuk “Gara-gara Nurul & Shahril”!

Seperti dijanjikan, pemenang Hos!pektakular akan mendapat rancangan temu bual sendiri! Setahun kemudian, pemenang Hos!pektakular, Nurul dan Shahril akhirnya mendapat apa yang telah dijanjikan.

IMG_8623

Saya kurang pasti apa yang mereka lakukan sampai ada “gara-gara” all.

IMG_8626

Altimet menyanyikan lagu “Kalau Aku Kaya” sempena pembukaan minggu pertama rancangan ini.

Konsep setnya agak sama dengan Hos!pektakular dan rancangan-rancangan Najip Ali yang sebelumnya. Not that I’m complaining, saya agak suka dengan warna serta coraknya!

IMG_8628

Tiap kali mereka mengatakan tajuk rancangan atau berjenaka secara melebih, pasti akan disusuli tagline “Menjadi-jadi” sambil menggelitis satu badan. Kononnya nak mulakan trend di antara penonton la bila cakap frasa “menjadi-jadi” je bergoyang dan bergegar tak tentu pasal.

IMG_8629

Rakaman diadakan di Malaysia. Lihat saja demografik serta pilihan pakaian para penonton!

IMG_8630

Tetamu pertama – Rozita Che Wan. Topik minggu itu adalah selebriti usahawan. Jadi, mereka kupas sedikit mengenai bisnes Che’ta. Cuma soalan agak biasa-biasa sahaja. Dan soalan “sensitif” yang disoal Shahril pun tak kontroversial sangat pun. Kononnya “laser” lah but…

Satu lagi perkara yang saya perhatikan adalah, Nurul dan Shahril terlalu sibuk fikirkan cara bagaimana untuk menghebohkan rancangan ini sehinggakan mereka tergila-gila dan berjenaka sesama sendiri. Sedangkan, penonton tak dengar selebriti undangan berbual? So mungkin berjenaka sedikit sahaja?

Selain itu, mereka seperti ingin meniru kegilaan Najip Ali dan Cik Sal (Era Farida) di zaman Kopi O Teh Tarik dulu.

Seolah-olah mereka ingin mengikut-ikut gaya duo ini tapi no way, sis. Mereka lagenda. Lagipun, kalau mereka cuba meniru mereka, adakah kita akan melihat gaya pengacaraan Nurul dan Shahril yang tersendiri?

IMG_8631

Nurul Aini berkesempatan ke rumah Dato’ Aliff Syukri untuk melihat-lihat hasilnya. Mewah sungguh!

IMG_8632

Pada hari yang sama Aaron Aziz dilanda drama di Twitter, dia muncul di rancangan ini bersama isterinya Diyana Halik!

IMG_8634

Eat your heart out Xiaxue!!! 2.5 JUTA pengikut di Instagram. Consistent followers on both Twitter dan Instagram!

IMG_8635

Kata-kata pujangga oleh Aaron Aziz mengenai media sosial! Jika seseorang berani mengongsi sesuatu di socmed, dia seharusnya bersedia untuk menerima komen-komen yang negatif mengenai post tersebut!

IMG_8637

Para selebriti undangan diajak bermain sebuah permainan bersama. Ala-ala charade tetapi mereka tidak menggunakan pergerakan atau lukisan, cuma satu perkataan yang berkaitan dengan perkataan yang harus diteka boleh diberitahu.

Saya juga suka dengan segmen ini kerana dapat mendengar pengacaraan Suzairhe Sumari yang amat unik dan tersendiri!

IMG_8638

Altimet mengakhiri rancangan ini dengan sebuah lagu lagi. Kasihannya, dia tidak ditemuramah! Mungkin kerana dia tidak mempunyai bisnes? IDK!!! Hahahaha.


Secara terus terang, saya amat suka dengan rancangan ini kerana segmen-segmennya amat menghiburkan dan barisan tetamu undangan juga agak fun (for now la). Saya harap minggu-minggu hadapan akan lebih dahsyat dan menjadi-jadi!

Dah lama Suria ada rancangan temu bual yang hanya untuk hiburan semata-mata! I’d definitely watch future episodes!

Gara-gara Nurul dan Shahril berlangsung setiap Ahad jam 8.30 malam.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s