SR115: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sudahkah anda menonton epidos pertama drama bersiri terbaru di Suria yang bertajuk SR115? Saya telah pun mengongsi sedikit sebanyak mengenai drama ini di dalam sebuah entri sebelumnya. Jika anda ingin membaca, klik di sini! Tanpa berlengah lagi, ayuh kita lihat apa yang berlaku dalam epidos 1!


IMG_8646

Tahun: 1991.

Watak Adam yang dimainkan Syarif berbual tentang anaknya yang baru lahir bersama penumpang di sebelahnya.

Walaupun pesawat sedang mengalami pergolakan yang agak rabak, Adam masih berkesempatan untuk check out pramugari yang hot itu. Saya rasa itulah bidadari syurga dia sebab dia nak mati, kan?

IMG_8650

Pesawat mereka menuju ke arah cahaya yang amat terang!

IMG_8651

Tahun: 2017

Watak Eliza yang dimainkan oleh Farhana M Noor merupakan seorang ejen rahsia (secret agent) or someone ah yang kerja dalam jabatan kementerian yang top sekret gitew. Ala-ala hometeam/united nations/SHIELD tapi lebih sofistika.

IMG_8652

Eh, drama ni eh gunakan jargons yang penonton tak faham tau?????

IMG_8653

Oh, jabatan rundingan krisis rupanya.

IMG_8654

Telefon bijak Eliza asyik berdering semasa temu duga untuk jawatan di HCRT. Dia pun direjek.

IMG_8655

Wow, pasti jawatan ini amat penting ya? Sampai yang nak temu duga lebih daripada 5 orang!

IMG_8656

Ijazah dia relevan kepada jawatan yang akan diberi ke? STEM atau Arts? Dari uni yang bertaraf antarabangsa ke?

Panggilan yang diterima Eliza tadi adalah daripada bibiknya. Ibu Eliza menghilang. Nasib dapat jumpa di lapangan terbang!

Pekerja-pekerja di pusat kawalan kapal terbang (lol idc what’s the term ah) mendapat isyarat radio daripada pesawat SR115! Setelah 26 tahun menghilang, pesawat itu tetiba muncul. Semua orang terkejut beruk.

IMG_8661

Jabatan HCRT dimaklumkan dan mereka melakukan apa yang patut!

IMG_8662

Pesawat SR115 mendarat di tempat yang dikhaskan. Nampak seperti tiada kerosakan fizikal berlaku kepada pesawat ini! Aneh sekali.

Terdapat poster HELP yang di tingkap. Tapi mereka berdua tak rasa hendak menolong mereka-mereka dalam pesawat tersebut. Kerana harus menunggu orang atasan.

Saya suka dengan this short vid bila time nak obertaise. Ternampak lambang SR115 abeh the next thing you know, lesap…

IMG_8667

Tiba-tiba Eliza disuruh kerja walaupun tidak lulus temu duga tadi. Ini kerana tiada seorang wanita dalam jabatan ini. Jadi, mereka terdesak dan perlukan seorang wanita untuk membuktikan bahawa mereka tidak mendiskriminasi terhadap wanita dan menerima wanita untuk berkerja di tempat kerja yang didominasi lelaki. #SJW

Misi pertama Eliza: SR115. Eliza memberitahu maklumat yang dia tahu mengenai pesawat yang hilang itu. SR115 terus lesap dan tiada serpihan yang ditemui. Hanya lesap.

IMG_8671

Nampaknya Eliza seorang sahaja yang ada akal. Dia saja yang ingin menolong penumpang yang di dalam. Watak Taufiq Salleh kata bahaya kerana mungkin di dalam ada bahan kimia atau yang toxic ke apa sebab dah hilang selama 26 tahun. Si Eliza pun nak suit up dalam teletubbies suit sebagai satu pencegahan.

Ekcili saya tak faham tau. Kenapa mereka syak ada benda bahaya. Ok tu munasabah ah. Cuma, kenapa mereka nak tunggu orang atasan untuk “protokol” all? Just help la. Macamlah korang selalu ikut protokol bulat-bulat.

Abeh orang kat dalam tak pekik ke? Atau lihat di tingkap untuk beritahu ia selamat untuk masuk? Diorang tak kesiankan orang kat dalam ke? Kalau si Eliza takde, diorang nak tunggu sampai pesawat tu hilang lagi baru nak lakukan sesuatu?

IMG_8672

Eliza memasuki pesawat dan ingin menyelamatkan penumpang serta anak kapal.

OK HOLD UP.

Bagaimanakah Eliza boleh berada di dalam pesawat tersebut. Tadi mereka kata semua benda dalam kapal terbang ni tak berfungsi ah, so macam mana diorang bukak pintu? Pecah masuk? Asal takde scene yang menunjukkan bagaimana Eliza masuk pesawat ni!!!!

IMG_8674

Cuma ada 7 penumpang yang ada dalam pesawat ini.

IMG_8675

Kapten pesawat itu bertanya mengenai peragawatinya. Mereka semua terkejut dengan apa yang sedang berlaku dan tertanya-tanya di manakah penumpang yang lain.

WEI. Kapten kau cakap “We are everyone” abeh kau masih nak tanya where’s everyone????????? Kau baru sampai sak abeh bila diorang masuk ada Sierra Seven je kan? Kau masih nak soal diorang mana penumpang lain? Sepatutnya, pihak berkuasa yang berhak menyoal mana penumpang lain.

IMG_8677

Ni la orang berpangkat. Cuma lihat dari atas saja. Tidak pernah in the ground untuk selesaikan masalah.

Yes.

Ok, kenapa Sierra 7 terperangkap seolah-olah mereka dah buat benda salah?????? Beri lah mereka tempat tinggal sementara yang elok sikit! IDKY mereka dilayan seperti banduan.

IMG_8682

Haha kelakar mamat ni. DU.DOK.

Sebelum Adam berangkat, dia dan isterinya bergaduh. If only Adam tidak pergi…

IMG_8686

Pihak berkuasa mendengar penjelasan Kapten.

IMG_8688

Soalan utama…

IMG_8689

Si cina ni hafal skrip dan baca bulat-bulat ke.

Dia memainkan audio terakhir sebelum mereka hilang.

The newbie in the block menyarankan sesuatu. Tapi yang old timer tak suka. Namun, bos masih nak dengar saranan Eliza.

IMG_8692

Dengan paksahati, si mamat cina ni mainkan audio negatif la apa la. Which I find merepek??? Dia diberi fail audio abeh dia tak melakukan apa yang patut? Dia harus diberitahu oleh seorang pekerja baru untuk lakukan his job? Dia sepatutnya merunding dengan pakar audio or what untuk mendapat suara-suara tersembunyi, ngok.

Iku iku! Audio kapal Jepun yang hilang pada tahun 1941 or what boleh didengar!

IMG_8695

Interesting…

IMG_8696

Adam melarikan diri dan bergegas ke rumahnya.

IMG_8698

Bos marah. Dan mahu insiden ini dirahsiakan daripada orang awam. Hmm… Ye la tu.

IMG_8699

!!!!!!!!!

Adam muncul di kereta seorang ejen untuk merampas pistol. Beberapa minit kemudian, Eliza jumpa ejen tersebut pengsan.

Ok, macam mana Adam tahu dalam kereta tu ada pistol???????????

Apabila tiba di rumahnya, dia terkejut kerana anak perempuannya yang sudah berumur 26 tahun belum kahwin. HAHAHAHHA.

K, dia terkejut kerana adiknya menikah isterinya dan anaknya yang dia sangkakan bayi sudah besaq. Dia akhirnya dapat menerima hakikat bahawa ia 2017.

IMG_8708

Dia geram adik dia kahwin isterinya abeh nak tembak hahaha.

What’s with flying and kahwin adik? Drama 6×7 pun sama sak.

Emma dah meninggal kerana barah.

Lakonan Syarif amat mantap sekali!!!!!! Syabas! Very the feels.

IMG_8712

Abeh si dekni masuk dan tembak Adam. Apa kau????????

There goes the chance to contain this case. Si dekni dah masuk hospital, keluarga Adam dah tahu, jiran semua konsperm dengar suara tembakan. Hmm…

TU AH MAMAT NI SPOIL SAK

Hmm… Kenapa mak kau suka ke lapangan terbang eh?

Saya juga ingin tahu bagaimana mereka melayan yang lain.

Dah agak punya. Bapak kau dalam pesawat SR115?

IMG_8722

Ibunya menunggu ketibaan pesawat SR115 setiap hari.

!!!!!!!!!!!! Saintis yang berada di dalam pesawat itu hilang, namun salah seorang daripada kuncu-kuncunya merupakan salah satu daripada Sierra 7!!!!!!

Siapakah saintis yang dimaksudkan? Seorang saintis yang melakukan time travelling? Siapakah mereka dan apakah yang mereka inginkan?

IMG_8724

Mereka menyimpan arca kapal Jepun yang hilang…

Adakah mereka sebuah organisasi Cina yang ditubuhkan untuk memastikan orang Melayu tidak berjaya? For example, seorang Melayu yang bakal menjadi Perdana Menteri berada di SR115. Mereka melakukan ini semua agar orang Melayu tersebut hilang dan ini memastikan bahawa PM selalu orang Cina…


IMG_8726

Webisode 1 menunjukkan Adam bersama adiknya membuat cod. Pakaian mereka tidak seperti 1991. Dan juga cara mereka bercakap. I know right? Frasa itu hanya wujud setelah Mean Girls.

giphy2


Secara terus terang, I am DIGGING this show. Tapi macam it’s too futuristik dan mungkin banyak loopholes which I will spot la!!!! Ia sememangnya sesuatu yang baharu dan fresh, tak pernah dilihat. Selalu kita dengar teori-teori konspirasi di YouTube dan kali ini, ia di Suria! Saya juga ingin tahu siapakah di antara Sierra 7 yang kerja untuk The Dark Side uh. Mungkin budak kecik tu eh????

Cuma persoalan yang berada dalam benak fikiran saya adalah… Mengapa Sierra 7 dilayan seolah-olah mereka telah melakukan perkara yang salah? Padahal mereka merupakan mangsa dalam malapetaka ini. Layanan tiptop harus diberi. Memang pihak pemerintah berhak menduga mereka semua tapi mereka tidak layak dilayan seperti banduan!

Saya ingin tahu apakah motif di sebalik kehilangan pesawat ini. Ini bukan satu kemalangan yang tak sengaja, tetapi sesuatu yang dirancang. Ada pihak-pihak yang bertanggungjawab atas kejadian ini. Ada pihak-pihak yang inginkan ini berlaku. Apa kena mengena SR115 dengan kapal Jepun yang hilang? Adakah SR115 eksperimen yang kedua? Dan siapakah HCRT? Sebuah organisasi yang ditubuh semata-mata untuk selesaikan kes-kes sebegini? Adakah bapa Eliza seorang penumpang SR115? Love interest antara Eliza dan rakan kerjanya?

Di acara tayangan perdana, penonton diberi tiket ala-ala flight gitew.

View this post on Instagram

#SR115 #sr115suria #premiere #firstepisode

A post shared by nana (@nanaflyingsolo) on

I suka.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s