Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Hari ini saya ingin cecite sedikit tentang drama bersiri baharu yang bakal muncul di Suria Selasa ini! Diterbitkan oleh Papahan Films, ia bertajuk SR115 dan dibintangi barisan pelakon mantap yang amat saya suka! Antaranya adalah Farhana M Noor, Daddy Paul Foster, Danial Ashriq, Atyy Malek, Syarif dan Taufiq Salleh!
Huhu, adakah kita akan melihat watak Taufiq Salleh mendera Farhana M Noor sekali lagi seperti dalam rancangan Kelab J?
Apabila ternampak tajuknya, saya terpinga-pinga. Apa kejadah SR115 ni??? Saya pun Google la sedikit. Ternampak sebuah pesawat dan juga watak yang dimainkan oleh Farhana! So, SR = Sierra Air lah. Kononnya Silk Air tapi bukan.
So drama ni ala-ala misteri; pesawat hilang abeh ada misi mencari pesawat gitew I rasa. Mereka juga ada rancangan seakan-akan Misteri Jam 12.
Oh tak eh? Hmmm, kenapa mutu TV ni macam TV zaman TV kotak? Mereka lupa nak tukar kepada TV Digital ke?
Setelah selidik, nampaknya insiden dalam drama ini berlaku pada tahun 1991.
Mungkin pesawat ini hilang pada tahun ini ke apa dan setelah teknologi menjadi semakin canggih pada masa kini, pencarian dimulakan sekali lagi? Anak anak kapal/penumpang (lol geddit) ingin mencari keluarga mereka yang hilang? Atau… Time travel? Pesawat mereka secara tidak sengaja menuju ke dimensi dan zaman yang berbeza? Seolah-olah dalam teori-teori konspirasi yang sering dikaitkan dengan Bermuda Triangle. I mean… Papahan Films created Firasat which was sci-fi realness so mana tau ni diorang jadi alien ke?
Secara terus terang saya amat terpukau dengan wajah watak Farhana M Noor. Very butch. A LOOK. Saya ingin tahu watak apa yang dia pegang!!! I am intrigued!!!!
Mereka juga mempunyai peraduan untuk menyaksikan tayangan perdana SR115 esok (11 Dis)! Mereka yang berminat hanya perlu repost foto-foto pelakon SR115. Tapi saya cuma nampak 20 repost di IG saja… Tak memberangsangkan pun. Atau mungkin mereka sudah privatise balik IG mereka sebab tak menang, kan? Husnuzon, sis!
Walaubagaimanapun, saya amat STOKED to watch this sebab ia sesuatu yang baharu yang tidak pernah kita lihat di kaca TV, terutama sekali di saluran Suria. Saya amat suka apabila ada kelainan di TV. Ia bukan sahaja membuat penonton ingin tahu lebih tentang drama ini tapi mengenalkan genre baharu kepada penonton Suria yang mungkin agak senior.
Kmungkinan juga ia akan menambah perasaan takut dalam diri makcik-pakcik yang sudah mempunyai rasa gerun terhadap kapal terbang. Agaknya mereka akan ke haji menaiki kapal. Saya harap ia tidak akan flop (sebab Firasat 2 was quite a mess tbh).
Ayuh berdoa ia bukan sebuah drama seperti LOST dan orang Mesyo takkan kecam!
– Pengkritik Sandiwara