Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dalam episod 10 ini, banyak perkara yang berlaku. Walaupun begitu, insiden-insiden yang terjadi dalam episod ini masih agak tidak munasabah dan tiada unsur logik!
Syurga mendapat tahu bahawa ibu kandungnya adalah kakaknya sendiri, Hilda!!!!
Terkejut beruk semua orang dibuatnya!
Syurga meminta penjelasan daripada abangnya pakciknya sambil ingin meronyokkan sijil kelahiran yang telah dilaminated itu. Hahahaha. Hilmi cuba jelaskan tetapi Syurga tidak puas dengan jawapan yang diberi.
Inilah reaksi para penonton di rumah!
???????? Apa kaitannya simpah rahsia pasal kau dengan bunuh kau sak????? Aku rasa apa yang kau maksudkan adalah lebih baik mereka gugurkan kandungan Hilda dahulu, kan?
Hilmi mengejar Syurga hingga ke luar. Setelah lari beberapa meter, baru dia sedar dia tidak memakai kasut. Hmm…
Setelah puas menonton drama, Seri ingin ke klinik untuk appointmentnya.
Hilmi memberitahu Hilda bahawa rahsia yang telah mereka sembunyikan selama 20 tahun ini telah pun dibongkar! Hilda frust tonggeng dan tidak tahu nak buat apa. Tetiba, dia terdengar bunyi lonceng rumah. Dia sangkakan itu adalah Syurga.
Rupa-rupanya SERI!!! Tapi macam merepek, dia dah bunyikan lonceng abeh dia membelakangkan dirinya daripada pintu???? Huh? Siapa yang picit lonceng abeh nak belakangkan diri mereka eh? Nak step drama.
Seri inginkan flat arwah ibu diberikan kepada Hilmi secara penuh. Dia mengugut Hilda dan akan bocorkan rahsia ini kepada semua orang sekiranya Hilda tidak melakukan apa yang disuruh.
Saya pun nak suruh awak berikan sedikit komen ye huhu.
Perangai Hazimah. Bila ada masalah je padamkan segala socmed. Merepek tau.
Kaunselor cuba menelefon Syurga tapi tiada jawapan.
Syarif syak sesuatu yang tak kena sedang berlaku. Hilda masih ingin merahsiakan perkara ini dan hanya memberitahu bahawa Syurga bergaduh dengan Hilmi.
Watak tidak penting tetiba muncul seperti seekor Pokémon.
Eh dia tak sedar ke dia pun anak luar nikah? Dia nak baby tu jalani apa yang dia alami sekarang? Gila tau Syurga.
Suka hati la apa Neraqa nak buat dengan baby tu???
Hilda menyalahkan Hilmi atas apa yang sedang berlaku. Ini kerana Hilmi menghalangnya untuk terus menjalin hubungan dengan Adam setelah dia melahirkan Syurga. Ini semua tidak akan berlaku sekiranya Hilda bersama Adam.
Dia bukannya hilang sak. Dia melarikan diri.
Kaunselor ternampak Syurga melalui FB Live Neraqa.
Neraqa disuruh minum untuk menghilangkan stres. Haha ni macam drama dulu-dulu tau. Kawan ajak clubbing abeh paksa minum, pastu kenek rogol.
IRRELEVANT
Mamat yang agak mabuk mahu menghantar Syurga pulang? Huh kau mabuk pun nak drive ke????
So near yet so far.
Mamat mabuk nak rogol Syurga!!!!!\
Mereka pun bergusti.
Kaunselor elak tetapi terkena Syurga!
https://twitter.com/idaffiothman/status/938410631828357121
Syurga langsung tak rasa terkejut apabila bangun daripada tidur di katil dan bilik yang tak pernah dia lihat. Malah, dia seperti pernah tidur di sini kerana dia tahu di mana letakknya jam tangannya dan begnya. Mungkin dahulu, dia pernah Satu Malam Bertegak dengan Kaunselor di dalam bilik ini?
Kaunselor memarahinya kerana tidak mengongsi masalah. Seolah-olah dia akan memberi amaran kepada Syurga untuk jadi goodgurl97. Kalau tak, kenek whip!
Abeh Syurga kata dia malu sebab dia anak luar nikah. Tapi pada masa yang sama dia nak Neraqa simpan baby tu? Huh???????????
Syarif sangkakan Hilda tidak hiraukan Syurga. Padahal…
Hmmm… Si Syarif ni tak tanya tau kat mana jumpa, asal cedera, bagaimana si kaunselor boleh terjumpa Syurga???? Abeh Kaunselor pun kata “bekas kaunselor Syurga”. WEI!!! Kau lebih daripada itu. Kau dah jadi date?abang?daddy? entah la aku pun tak tau!!!!
Hilda ingin Syurga merahsiakan perkara ini daripada Syarif dan tidak mahu berbincang hal ini lagi. Tapi dia berjanji akan menjelaskan segalanya apabila masa sesuai.
Abeh selama ni dia tak tanya langsung siapa bapak dia tau??? Sekarang baru nak tanya. Wow. Masa yang amat SESUAI ye. Kau tak syak Hilmi bapak kau ke?
Syurga mengadu kepada Syarif.
Kalau Syarif tak rogol/molest Syurga, sia-sia je tau dia ni seorang penagih porn yang tak dapat layanan isteri. So, you better rogol her.
And I like how semua orang macam shook sebab Syurga mempunyai hubungan intim bersama ayahnya (dan mungkin bakal dirogol bapa tirinya) padahal di Twitter, ramai orang yang nak DADDY DADDY oppa DADDY. Abeh bila Suria realisasikan fantasi orang ramai, semua orang jijik? Please eh.
Hmm… Nampakny kita harus tunggu episod akan datang la eh untuk lihat sama ada semuanya akan benar-benar terbongkar. Ini sikit demi sedikit je hais. Lambat betul!
Korang sedar tak bahawa kerjaya Seri dah tak muncul lagi dalam drama ini. Sebab ia tidak memberi sebarang kesan kepada cerita ini kan???? So, ya scrape it off. Watak Sufie Rashid tu aku harap dia pergi KL abeh plane dia hilang or what. Tak perlu tau watak dia!!!!
–Â Pengkritik Sandiwara