6×7: Episod Terakhir

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Malam semalam, akhirnya,kita sudahpun menyaksikan kesudahan drama ceramah yang diarah Faisal Ishak bertajuk 6×7. Apakah hikmah di sebalik kematian Atok dalam episod sebelumnya? Dalam episod 8, segalanya akan dijawab. Siapakah menjadi pilihan hati Farid? Akankah pilihan Farid setuju dan ingin bersama Farid? Hmm…

Epidos 8

IMG_8429

Hmmm… Ye lah. Boleh bawak laptop tu dan berbincang dengan Ustazah Gian di meja yang sama tak nak tau. Kononnya nak berpisah sebab tak boleh bersemuka la kan. Merepek. Korang kerja tau. Please eh????? Suria/socmed membuat orang ramai fantasisekan this very agama-ish love goal fetish yang semua orang warak yearn kan. Padahal tak realistik. Perangai budak-budak Muslim Society kat institusi pengajian tinggi tau.

IMG_8430

Pilu terasa…

IMG_8431

Suzana tak sedar bahawa Farid ada di belakangnya.

IMG_8432

Si mamat kat workshop tersasul. Hahaha. Abeh si Suzana ni merepek tau. Kereta rosak dan mengambil lebih daripada sejam untuk repair. Abeh dia kata takde teksi kat daerah ni? Padahal belakang tu traffic bukan main busy. Abeh dia tak tau Grab/Uber ke? Bengap. Nama je lawyer.

IMG_8433

Farid pun pelawanya untuk tumpang dia hingga ke pejabat. Mereka pun berborak tentang perubahan Farid.

IMG_8434

Miang. Ni la pompan, bila yang baru dah rejek, pulang ke lama. Kononnya suka perubahan Farid. Pui.

IMG_8435

Van Khidmat Fitrah ada di sebelah mereka dan Ustazah Gian ternampak Farid mengusap tangan Suzana. Setakat kenek langgar sikit nak step sakit segala sak ni Suzana????

IMG_8436

Si Suzana ni kerja mana sampai mereka kat Jalan Bahar ni????? Merepek tau. Ofis dia kat sebelah kubur eh?

IMG_8437

Mereka semua menyambut kemenangan Hairul. Padahal Suzana yang telah bertungkus lumus kerja keras untuk menang kes ini. Kesian Suzana dipergunakan.

IMG_8438

Farid diberitahu bahawa sesi moteknya tadi diperhatikan oleh Ustazah Gian.

 

Farid terasa seperti harus pulang ke kerja juruteranya kerana pekerjanya merayunya untuk pulang. Ni semua tactic si Encik Park la tu. Nak gunakan emosi Farid untuk tariknya balik.

 

Mereka pun mengadakan sesi H2HT dan selesaikan segalanya. Amin. Case closed.

 

Mereka suka main bawah meja untuk sembunyi daripada orang lain. Farid cuba jelaskan kepada Ustazah Gian tentang apa yang terjadi.

IMG_8445

Sesi bermanja.

IMG_8446

Kubur masih merah nak mengumpat? Kalau ye pun, tunggu la sampai kau keluar kubur, bahlol.

IMG_8447

Bapa Suzana memberi kata-kata perangsang agar Suzana dapat menempuh segala rintangan di kerja serta masalah perhubungannya.

 

Ustazah Gian bersetuju untuk hijrah ke Dubai bersama abang iparnya. Dia tidak hiraukan perasaannya langsung.

IMG_8450

Farid pulang ke kerja juruteranya untuk mengubat rindu.

Cakap pasal rindu, I rindu akan komen-komen pembaca I. Hantarkan pendapat anda (secara anonymous) di bawah!

IMG_8451

Hairul direjek kerana memanggil “Mama” padahal kau siapa siak.

IMG_8452

Farid ambil cuti dan ia merupakan satu berita tergempar.

IMG_8453

Hairul salahkan Suzana atas apa yang berlaku kepadanya apabila terjumpa ibu Suzana. Nampaknya, Hairul ni jenis tak boleh handle rejection eh?

 

Farid menjelaskan mengapa dia mengunjung kerja lamanya. Katanya kerana rindu. Walaupun amat suka dengan kerja mandikan jenazah. Bapanya kata kalau rindu maknanya masih cinta dengan kerja lama. Kesian Farid ada konflik dalaman.

 

Kau jugak yang beriya-iya nak anak kau dating mamat ni, kan? Last-last menyesal. Farid jugak yang kau suka. Abeh kasi nasihat kat anak kau yang hubungan dia dengan Farid bukan dah tamat tapi terhenti seketika. Woi! Jangan bagi harapan palsu la ngok.

 

Memang padan muka. Siapa yang harus dipersalahkan? Kau jugak Suzana!!!!! Semoga mendapat hidayah.

IMG_8460

Farid meluahkan segalanya kepada Ustazah Gian. Tetapi…

IMG_8462

Farhan telahpun menetapkan tarikh pernikahannya dengan adik iparnya. Semakin incestuous eh Suria semenjak kebelakangan ni? Dah la drama Syurga Ibu daddy issues realness.

 

Farhan jelaskan mengapa dia berhak mengahwini Ustazah Gian manakala Farid menyoalkan segala niat Farhan. Wow, bagus. Macam bahas dan juga ceramah agama di mana ustaz menyoal balik kerana segala jawapan sebenarnya sudah diketahui.

 

Si Farhan ni bengap ke? Dia kutuk pekerjaan mandi jenazah ni abeh dia nak kahwin orang yang mandikan mayat jugak tau. Dia ni tak betul? Terbang banyak sangat ke sampai otak tertinggal kat Dubai?

Abeh si Farid pulak nak step sak. Tanya sama ada Farhan berhak jadi ayah Ameer???? Huh??? Dia pilot pe so terpaksa la dia terbang. So what, semua pilot tak boleh jadi seorang ayah??? Both of you should stop career shaming.

IMG_8469

Suzana ingin meletak jawatan bercadang untuk buka firma tersendiri. Dia ingin mengajak hambanya bersama. Kasihan assisstant dia, takde pendirian ke? Pergilah cari kerja yang lebih bermanfaat. Sampai bila nak duduk bawah ketiak Suzana. But mungkin dia akan jadi seorang yang amat berjaya di bawah arahan Suzana?

Saya ras inilah redemption yang harus Suzana raihkan untuk dirinya sendiri setelah melakukan kesilapan yang tidak boleh dipulihkan. Semoga dia akan jadi lebih humble setelah ini.

Satu lagi, kenapa minah ni berlakon macam pementasan di sekolah menengah?

IMG_8470

Ni Pak Haji merepek tau. Dulu, kau yang beriya-iya, nak passive aggressive untuk amek si Farid sebagai pekerja. Abeh sekarang, kau nak passive aggressive AGAIN sebab sekarang kau nak Farid pulang ke kerja lamanya tapi pada masa yang sama, kau naikkan gaji Farid dalam kontrak barunya.

OI BUTO KAU NAK APA SAK????? Kau nak Farid terus berjaya dalam bidang yang dia amat suka atau kau nak Farid terus kerja dengan kau? Dan mungkin satu hari mengambil alih sebagai ketua di tempat kerja nanti????? I’m confused. Ini semua tidak akan terjadi sekiranya syarikat ini tidak menerima mereka-mereka yang terlalu berkelulusan tinggi sehinggakan over-qualified. Mereka sepatutnya mengehadkan tahap pelajaran bagi sesebuah jawatan.

IMG_8471

Setelah terkena syarahan sentap oleh Farid, Farhan mengambil keputusan untuk berhenti membawa kapal terbang. Aku rasa lepas ni dia drive uber. Tajuk cerita ni sepatutnya “Kejar Kerja” di mana watak-watak asyik tukar-tukar kerja tau.

IMG_8472

Hmmm… Pilihan…

 

Farid kini seorang jurutera dan telah menikah Ustazah Gian yang sarat mengandung. Nampaknya, dia masih terlibat dalam Khidmat Fitrah tapi cuma sambil-sambil kot? Atau dia tolong selesaikan kerja pentadbiran?

Saya dah agak konsperm Farid akan pulang kembali menjadi jurutera sebab $$$ dan juga minat yang teramat sangat. Kau gila orang 1st class honours tak nak kerja engineer setelah bertungkus lumus bersengkang mata belajar macam nak rak? Dan ia amat obvious bahawa dia akan bersama Ustazah Gian sebab it’s all about the tudung fetish.

Saya sudah katakan hal ini tapi saya akan katakan lagi. Drama ini amat seakan dengan Kisah Tok Kadi. Watak utama merupakan seorang anak muda yang melakukan kerja berkaitan dengan agama yang sering dilakukan orang-orang yang lebih senior. Pada masa yang sama, watak utama dihadapi masalah cinta. Diberi banyak pilihan namun hanya boleh pilih satu sebab nak kahwin 4 takut kenek kecam. Keluarga watak utama asyik tanya pasal cinta. Akhirnya, kahwin. Konsep yang sama, cuma aspek agama yang lain. Tok Kadi pasal nikah-nikah, ni pasal orang mampus. Cuma, isi dan mutu Kisah Tok kadi lebih menarik dan menghiburkan.

Saya berpendapat bahawa inilah formula untuk mendapatkan ratings tinggi kerana masyarakat kita kini lebih cenderung untuk menonton drama-drama yang mempunyai unsur agama yang tidak begitu ketara, bukan macam cerita Indonesia orang mati je keluar ulat segalanya. Pada setiap episod, pasti ada pengajaran yang boleh diraih oleh penonton. Ceramah yang diselitkan dalam sebuah drama. Syabas kepada Suria!

IMG_8475

Rekrut baru di Khidmat Fitrah. Penonton diberi harapan palsu terhadap musim kedua yang dibintangi Hisyam Hamid. Padahal mereka hanya mampu membayar Daddy Hisyam Hamid selama 2 minit sahaja. Cocktease.

Ramai yang bertanya-tanya apa terjadi kepada Suzana, Hairul dan Farhan. Well, mereka teruskan hidup seadanya.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s