Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sempena episode terakhir drama warak 6×7, saya berkesempatan menonton sebuah muzikal komedi yang berlangsung di teater MESs Mediacock pada Ahad lalu. Ia merupakan persembahan yang terakhir bagi produksi tersebut setelah merantau satu dunia ini! Apa yang saya maksudkan adalah The Addams Family ataupun Keluarga Addam.
The Addams Family merupakan sebuah keluarga yang amat terkenal di seluruh dunia yang tidak memerlukan sebarang penjelasan, kan? Pasti ramai yang tahu lagu temanya yang amat catchy dan membuat kita snap jejari kita apabila mendengarnya. Watak-wataknya yang amat sadis dan gothic juga amat ikonik kerana rupa mereka yang menakutkan dan perwatakan mereka yang lain daripada watak-watak cerita lain. Tetapi, dalam keunikan watak masing-masing yang suka akan keseraman dan alam ghaib, mereka juga mempunyai hati dan perasaan seperti manusia biasa.
The casts dari United Kingdom ini memilih Singapura sebagai destinasi terakhir dan ingin ke Bali untuk bercuti tetapi flight mereka dibatalkan disebabkan asap gunung berapi dan mungkin lahar hahahaha.
Saya amat suka dengan prop dan set muzikal ini. Sungguh teliti dan gah. Kostum-kostum juga amat terperinci, terutama sekali kostum watak arwah-arwah nenek moyang mereka. Seolah-olah menonton Rupaul’s Drag Race, category is WOKE FROM THE DEAD REALNESS.
Apabila menonton sekumpulan Mat Salleh di atas pentas menari dan menyanyi, ia seolah-olah berada di Universal Studios Singapore menonton persembahan di teater Pantages mereka. Di mana banyak omputeh yang menari dan menyanyi. Saya amat terpegun kerana mutu persembahan di USS setaraf antarabangsa gitew.
Koreografinya juga amat menakjubkan dengan unsur-unsur ballet dan juga tren-tren dansa yang wujud pada abad ini. Apa yang membuat saya amat terpegun adalah VOKAL para pelakon-pelakon utama! Masuk je, fuh pitching tak lari. Kalau Mami tonton, pasti Mami tersenyum lebar!
Apa yang saya kurang suka adalah jalan ceritanya yang agak klisye kerana ia mungkin boleh ditonton di saluran Suria. Watak Wednesday terjatuh cinta dengan Lucas. Namun, keluarga Wednesday, terutama sekali ibunya, Morticia, tidak mengizinkan perhubungan mereka berdua. Di akhir cerita, semuanya okey sahaja. Ok-ok je kan? Tapi, cara ia diselesaikan agak menarik, mungkin tidak dapat dilihat di Suria. Di saluran Indonesia mungkin boleh kerana ia melibatkan sedikit SIHIR.
Tambahan pula, semasa saya kecil saya suka menonton The Addams Family di kaca televisyen. Dan nampakna apa yang saya lihat di pentas tidak mengembalikan memori The Addams Family yang saya tahu. Ini kerana dahulunya, saya agak takut menonton rancangan ini dan saya tahu ia juga amat seram tetapi kelakar. Pementasan ini masih kekalkan unsur humor tetapi unsur keseramannya agak hambar. Mungkin kerana saya sudah dewasa so ini semua child’s play? Hmm…
Walaubagaimanapun, saya rasa sungguh seronok dapat menonton pementasan yang amat memukau ini. Ia tentunya mengingatkan saya akan zaman kanak-kanak ramai penonton. Secara peribadi, ini merupakan the least fav pementasan I’ve watched ah. Mungkin kerana saya lebih suka pementasan tempatan kerana lebih dekat di hati gitew?
Tak sabar nak tonton episod terakhir 6×7 malam ni. Agak-agak siapa mati eh?
– Pengkritik Sandiwara