6×7: Episod 6 & 7

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Minggu hadapan episod terakhir 6×7, apakah kesudahan drama ini, ya? Sebelum itu, ayuh kita lihat apa yang terjadi dalam episod 6 dan 7.


Episod 6

Suzana seperti mengalami Dilema Wanita. Adakah dia masih mencintai Farid? Atau tidak? Dan bagaimana pula dengan Hairul? Bolehkah hatinya menerima Hairul? Seorang peguam berjaya, sama status dengannya tetapi seorang yang kelihatan anggek? Ibu Suzana amat gumbira apabila mendapat tahu bahawa Suzana sedang berdating dengan Hairul tetapi atok Suzana memberikan komen-komen berbaur seksisme apabila ternampak Hairul. Ini kerana Hairul amat kemas, tersusun, menggunakan minyak wangi. Hais, zaman dia takde mamat macam ni ke? Gila. Katanya hanya wanita yang berkelakuan gitu. Atok dia nyanyuk eh? Kesian Suzana, dah dapat pakwe baru, family tak suka pula.

Farid mendapat tahu bahawa Ustazah Gian akan ke Dubai, mengikut abang iparnya (or is it?). Robek hati Farid, baru nak steady dengan ustazah. Pada masa yang sama, semua orang di kerja sangkakan Farid akan tinggalkan tempat kerja ini kerana mendapat tawaran kerja yang membayarnya lebih lumayan. Tetapi tidak, ini kerana Farid telah mendapat hidayah untuk melakukan kerja ini iaitu juga satu tanggungjawab!

Kes yang episod 5 di mana mayat arwah bawa isteri dari Batam selesai dengan isteri nombor 1 pengsan. Tu je. I don’t see the significance of that incident. Selain mengajar penonton mengenai risiko suami “setia” berbisnes di Batam dan orang-orang yang tidak harus menilai orang lain daripada luaran serta kebahagiaan keluarga.

Atok Suzana terkena serangan jantung apabila menonton perlawanan bola sepak di TV. Ni mesti bila atok dia mati abeh Farid yang mandikan abeh Suzana macam “wow bae material sungguh BAEwaku ke Jannah” abeh Mak Suzana “oh dia yang aku hina cacilah yang mandikan bapak aku, oh aku bodoh! Oh aku setuju nikah la dengan anakku”, besar kemungkinan ini akan berlaku tau.

Tapi kan, Farid dah so over w Suzana ah so aku rasa dia mungkin akan frust tonggeng sekejap sebab dia syiokkan Ustazah Gian tu.


Episod 7

Ambulans tiba untuk membawa atok ke hospital. Paramedik melakukan CPR untuk selamatkan nyawa atok. Belum habis satu round of CPR, hanya dengan beberapa tekanan dada (chest compressions) atok tiba-tiba hidup balik. Wow, paramedik power. Apakah kuasa yang dimiliki sang paramedik tersebut?

Setelah itu, bapak Suzana duduk di sebelah belakang. Dan bukan sebelah pemandu ambulans. TV merupakan sebab utama mengapa orang ramai fikir mereka boleh duduk sebelah pesakit tau. Padahal mereka harus duduk sebelah pemandu dan memakai tali pinggang keledar!

Bapa Suzana ingin memberitahu Farid mengenai atok tetapi ibu Suzana menghalang. Ekcili saya setuju la sebab memang takde kaitan lagi, but masih dianggap keluarga?

Pejam celik pejam celik, sebenarnya sudah setahun Farid kerja di Khidmat Fitrah. Padahal 6/7 minggu je? Cepat benar konsep masa dalam drama ni. Takde perayaan hari raya atau apa-apa untuk memberitahu penonton bahawa timeline ini semua berlaku sepanjang setahun. Cuma ucapan “dah setahun” lol.

Farhan, abang iparnya Ustazah Gian, datang ke Khidmat Fitrah. Dia berjumpa Farid dan mereka berdua seperti ada ketegangan gitew. Kasihan Farid asyik menjadi mangsa dan terperangkap dalam cinta tiga segi!

Suzana tidak dapat hadirkan diri di kerja kerana bermalaman di hospital. Dia menelefon Hairul agar Hairul menjenguk atok Suzana dan juga boleh memberi semangat kepada Suzana. Tetapi permintaan Suzana diabaikan. Malah, dia dengan senyap mengambil alih kes Suzana!!! Tikam belakang sak! Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu??? Farid menziarahi atok tetapi Suzana dan ibunya tidak tahu! Sampai menangis teresak-esak Farid. Kesian.

Ibu Farid akhirnya berkesempatan untuk berjumpa dengan Ustazah Gian dan terus terjatuh cinta dengan keayuan serta kelembutan Ustazah Gian. Dia juga sempat mempromosikan Farid kepada Ustazah Gian! Hmm… Kalau mak dah suka, Farid tunggu apa lagi eh? Kesian, ada abang sado Farhan yang menghalangnya daripada berdekatan dengan Ustazah Gian! Farhan menggesa Ustazah Gian untuk berpindah ke Dubai dan menghasut anaknya untuk mengajak Ustazah Gian tapi Ustazah Gian kata NO.

DUBYE

Suzana mendapat tahu bahawa Hairul mengambil alih kesnya tanpa pengetahuannya! Mereka pun gaduh besar. Diorang masih dalam fasa bulan madu dah gaduh besar, eh?

Pada akhir episod, tekaan saya tepat. Atok meninggal dan Farid lah yang memandikan jenazah arwah. Sungguh sayu melihat Farid melakukan tanggungjawabnya. Untuk memandikan seorang yang dia kenal lain daripada memandikan jenazah-jenazah lain yang tidak mempunyai sebarang perhubungan dengannya. Hairul takde pun kat situ.

Pada masa yang sama, Suzana tiba-tiba sedar akan keikhlasan dan kepentingan tugas Farid. Tapi, the ship has sailed. Ini kerana ibu Farid dah mula nak padankan Farid dan Ustazah Gian!


Minggu hadapan merupakan episod terakhir. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Suzana mula sedar akan niat sebenar Hairul dan mungkin inginkan Farid balik kerana dah mula syiokkan mamat ni balik. Tapi, cinta antara Farid dan Ustazah Gian mula berputik. Akankah Farid kembali ke Suzana atau mengikut kehendak ibunya dan mengahwini Ustazah Gian? Mungkinkah Ustazah Gian pindah ke Dubai? Dan, adakah Farid akan kerja di Khidmat Fitrah selama-lamanya?

Saksikan episod terakhir minggu hadapan!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s