Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!
Hujung tahun ini, Teater Ekamatra mempersembahkan ANGKAT oleh Nabilah Said. Dimainkan oleh Erwin Shah Ismail, Faizal Abdullah, Farez Najid, Norsiah Ramly dan Sahirrah Safit, ia mengisahkan tentang seorang ibu dan anak angkatnya yang telah dipisahkan dan kemudian bersatu semula.
Saya secara peribadi berpendapat bahawa ramai penonton boleh rel8 to kisah ini kerana pasti ramai yang sudah dengar kisah-kisah yang diceritakan oleh atok dan nenek kita tentang anak angkat. Pada masa dahulu, ramai masyarakat kita hidup susah (oh wait this is still ongoing) dan oleh itu, mereka memberi anak mereka kepada keluarga lain dan mungkin tidak berjumpa setelah anak diberikan. Selain itu, istilah angkat mempunyai makna-makna tersurat dan tersirat yang mugkin akan muncul dalam pementasan ini!
Pementasan ini juga akan menimbulkan isu-isu seperti feminisme, perkauman dan juga isu-isu politik yang lain yang tetap relevan sehingga masa kini. Ingat, the personal is political.
Jika anda tiada apa-apa hujung tahun ini, belilah tiket-tiket di sini. Malang sekali, saya cuti hamil. So kirim salam kepada Sultan apabila anda jejak kaki di Taman Warisan Melayu nanti! Terima kasih.
– Pengkritik Sandiwara