Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Drama yang (agak) hit ini saya abaikan seketika kerana ia tidak sehot drama merepek lagi janggal aka Syurga Ibu. So, saya berikan lebih perhatian kepada drama Syurga Ibu la kan. Tapi, usah risau. Kali ini, saya akan berbual tentang drama keagamaan 6×7 yang diarah oleh Faisal Ishak.
Pertama sekali, saya ingin kemukakan persamaan yang wujud dalam drama ini dan juga drama HIT yang pernah ditayangkan di Suria dahulu. Drama yang saya maksudkan adalah, Kisah Tok Kadi.
Ini kerana drama 6×7 juga berunsurkan keagamaan. Satu topik atau isu yang mampu menarik perhatian ramai penonton Suria yang semakin mengejar pahala dan manfaat non-duniawi. Ia bukan sahaja mmpu menarik minat makcik-pakcik yang semestinya peminat Suria nombor satu, tetapi juga perhatian anak muda yang kini ingin menjalankan the halal life kerana ia merupakan satu trend. Kedua, watak utama merupakan seorang anak muda yang melakukan kerja atau tugas yang sering dilakukan oleh mereka-mereka yang lebih senior. Ini membuat drama sebegini lebih seronok untuk ditonton kerana penonton ingin tahu apa yang akan dilakukan oleh watak utama dan juga apakah yang baharu akan dibawakan kepada perkara yang old school ini. Dan ahir sekali, menyampaikan mesej-mesej dakwah dalam suasana santai atau pun diselang-selikan unsur-unsur humour. Nampaknya, itulah formula yang diterbitkan oleh Suria untuk membuat sesebuah drama sebagai drama METETOPZ!
Namun, oleh kerana masa yang kurang sesuai, drama Syurga Ibu telah pun mencuri kegemilangan drama 6×7 kerana at the end of the day, penonton inginkan drama yang tidak masuk akal seperti kisah-kisah yang muncul dalam Syurga Ibu.
Ok, enough of that. Ayuh kita lihat apa yang berlaku dalam 6×7!
Episod 3
Farid masih ingin rahsiakan kerja barunya. Dia remove fb tag dalam video #tukangmandimatrock lol. Kerja tukang mandi jenazah 24jam, tiada syif. Kasihan Farid kenek panggil waktu dia nak dating. Suzana marah sebab Farid tak muncul dan mintak putus tunang. Dia tanggalkan cincin di jari, lalu letakkan cincinnya dalam oren. Video Farid viral tetapi orang-orang terdekat dengannya (keluarga + Suzana) tidak berpeluang untuk menontonnya kerana unsur kebetulan amat kuat. Walapun baru putus tunang, Farid tidak rasa sedih dan mula flirting dengan ustazah di tempat kerja.
Episod 4
Farid sangkakan ustazah sudah bernikah kerana dia bawak anak ke kerja but nope itu anak arwah kakaknya dan ia telah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga anak tersebut. Bapa kepada budak itu merupakan seorang juruterbang yang sering berterbangan. Dan watak itu dimainkan oleh Daddy Fir. I suspect something gonna happen. Sebab kalau tak, they can hire any mamat to play that role kan??? Ibu dan bapa Suzana terserempak Farid bersama ustazah tetapi tidak ingin bersalaman. Rude sak????? Anak kau yang putus tunang, bukan kau. Kerja Farid terbongkar dan dia terpaksa mengaku. Kalau saya, saya akan katakan saya kerja sebagai PR di Khidmat Fitrah. Untuk memandikan jenazah adalah satu kemestian bagi setiap kakitangan dalam kerja ini. Tu je. Waterface masih maintain, dok. Nadyne, wedding planner Suzana dan Farid membalas dengan saassy tetapi hentikan sassinessnya di situ sahaja. Setelah mendapat validation oleh rakan-rakan bukan Melayu di pasar, ibu Farid akhirnya menerima kerja Farid. Kesian, dia memerlukan orang lain untuk meyakinkannya eh?
Episod 5
Atok Suzana cuba memberi ceramah sentap kepada Suzana tetapi tidak berjaya. Suzana membatalkan pakej perkahwinannya dan terpaksa bayar double kepada Nadyne. ???????? Farid mendapat offer oleh majikan lamanya dengan bayaran $15,000 sebulan. Tapi kalau Farid terima pasti drama ni akan tamat kan? So yea. Pada masa yang sama, pakcik kat kerja cuba buat fitnah dan katakan Farid akan tinggalkan kerja ini. Farid dan Hairul (pakwe baru Suzana) pada masa yang sama muncul di luar kafe. Macam mana dia tahu di mana Suzana berada dan pada masa apa akan Suzana keluar? Kebetulan? No, kebodohan. Farid tolak tawaran Encik Park. “The feelng is mutual” hhahaha who says that sak?? Ustazah mula ada perasaan terhadap Farid tetapi pada masa yang sama, bapa budak tu mula rasa rindu… Huhu. Dalam adegan terakhir episod ini, terdapat seorang wanita tua yang perlukan khidmat Khidmat Fitrah. Suaminya meninggal dunia di luar Singapura dan jenazah di bawak balik dari mana entah dan dihantar ke Tanah Merah Ferry Terminal. Hmmm… Isteri arwah pun berkata dia mandol tetapi arwah tak pernah cari isteri lain… Hmmmmmmmm ye la tu. Next thing you know, ada pompan Batam kata dia isteri dan hamil anak arwah. I knew it.
Ok, saya amat curious akan kesudahan drama ini. Saya ingin Farid dan Suzana bersatu semula kerana saya tahu hati Suzana masih inginkan Farid dan mungkin perlukan masa untuk terima segalanya. Pada masa yang sama, Farid dan ustazah pun macam secocok tau. Atau… Farid kahwin dua lah. Done.
Also, akhirnya mereka ada promo photo yang lebih cantik!
– Pengkritik Sandiwara