Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!
Kini saya akan memberi reviu pendek mengenai drama khas Rendang Tok Haji yang ditayankan malam semalam di Mediacorp Suria!
Pertama sekali, mengapakah ia menjadi satu dilema apabila neneknya harus memilih antara menunaikan haji dan menyediakan rendang di majlis Aidiladha? Walhal majlis itu akan berlangsung 5 bulan lagi? Mustahil tak boleh cari pengganti. Nenek tu pun satu, dah diberi peluang untuk ke tanah suci dan menunaikan haji, takkan dia nak cancel? #priorities?
Kedua, penghabisan yang amat klisye. Tiada rahsia di sebalik rendang sedap. Cuma hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang apabila memasak. Meh, sudah ku lihat semua ini.
Yes, I know it’s a kids show but takkan nak KORBANKAN mutu isi/plot cerita semata-mata ini rancangan kanak-kanak? Sungguh tidak masuk akal. Saya percaya Suria mampu menerbitkan rancangan kanak-kanak yang mempunyai plot yang kukuh kerana we all have seen it before!
Walaubagaimanapun, nilai-nilai yang diterapkan dalam cerita ini amat relevan sekali. Seperti tidak putus asa, simpati, kasih sayang, bersungguh-sungguh, sikap bergotong-royong dan lain-lain.
Akhirnya, kenapa tidak diselitkan resipi rendang sihat? Kan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sudah menyuruh masyarakat kita mencegah kencing manis?
– Pengkritik Sandiwara