Reviu: The Orange Production oleh The Necessary Stage

Salam sejahtera, wahai pembaca yang taat lagi setia!

Malam semalam saya berkesempatan untuk menonton sebuah pementasan double-bill bertajuk Drip dan Whale Fall.

Drip, tulisan Nabilah Said membongkar kemunafikan sebuah pasangan campur, iaitu sepasang suami isteri yang berlainan bangsa dan agama. Watak Azam (Faizal Abdullah) yang sepatutnya mengajar isteri mualafnya Xiao Yan/Sarah (Deonn Yang) bagaimana untuk menjadi seorang muslim yang baik namun dirinya sendiri seorang kaki botol. Manakala adik Azam, Ana (Shafiqhah Efandi) seorang anak “durhaqa” kerana tidak menjenguk ibunya dan tinggal sebumbung dengan pakwe kelingnya aka bermaksiat setiap malam.

Drip_169.jpg

Apabila ibu mereka ke rumah Azam, huru-hara jadinya. Ana akhirnya berjumpa dengan ibunya setelah lama tidak bersemuka dan berdamai. Ibunya akhirnya mendapat tahu bahawa Azam masih minum arak walaupun dia menuduh Xiao Yan tanpa menyelidik. Dan akhir sekali, Xiao Yan hampir-hampir makan babi. Tu yang best, kan? Peliknya, Azam tidak membenarkan isterinya menyentuh daging haram itu kerana ia haram. Padahal dia minum air haram boleh eh???? Pengajaran yang boleh dibawa pulang adalah setiap individu ada dosa sendiri, walaupun kita tahu apa yang kita lakukan itu dosa, so check your ownself first ah sebelum nak dakwah @ orang lain. Saya juga berpendapat bahawa pementasan ini akan mempunyai kesan yang hampir sama jika isteri Azam seorang Melayu/Islam yang suka makan babi.

Dan saya rasa isu “babi” juga amat membingungkan. Kenapa orang Melayu/Islam ok sangat buat dosa lain? Iaitu berzina, minum, makan ayam/lembu/kambing yang tidak disembelih cara Islam, berjudi, mendera wanita/anak dan lain-lain tetapi bila part suruh makan babi terus perkataan HARAM keluar. Walaupun sedang pegang konek jantan cina yang tak sunat? Why eh?

Kenapa watak Xiao Yan boleh bertahan selama 2 tahun sebelum dia nak beli babi eh? Kenapa dia tak pernah sound out pasal laki dia minum arak? Adakah kerana dia menghormati suaminya kerana ia sesuatu yang harus dilakukan setiap isteri?

Secara keseluruhan, saya amat menyukai pementasan ini kerana amat kelakar dengan lakonan ala mini bangsawan apabila 2 watak berkonflik.


Whale Fall tulisan Faith Ng pula mengisahkan tentang dua rakan yang sedang bereksperimentasi dengan pementasan yang akan mereka lakonkan. Sedang mereka improvise dan meneroka imaginasi mereka, mereka mengenali satu sama lain, berkongsi kisah silam dan menangani masalah mereka.

Wtale_075.jpg

Pendek kata, watak Elizabeth Lazan ni cuba memberitahu watak Jeane Reveendran yang dia ada kemurungan ah but dia taknak bilang secara direk so dia step nak ambil alih watak utama la apa la. Simple je tak perlu fikir too much ye. But I like how setiap watak amat komited kepada imaginasi mereka???? Like, mereka sungguh onz about being in the sea and all seperti kita menaiki log ride @ Escape Theme Park bersama mereka gitew.

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Tuckys Photography)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s