Salam sejahtera, para pembaca setiaku! Pertama sekali, patutkah saya teruskan dengan greeting salam sejahtera or nah sebab saya pun dah naik MELUAT tulis benda sama je… Eew but then again ia merupakan satu trademark ikonik buat blog saya ya hais. Dilema Wanita Realness.
Back to the main issue here, kita akan lihat episod 4 dan 5 Menantu International musim kedua. Selepas Jamaliah ternampak ubat suplemen di tong sampah dan juga Lisa yang dikurat (???) oleh jejaka hodoh di Indon, apa akan terjadi ya?
Episod 4
Mengamuk la mak dia sampai marah Happy dan kini dia tidak ingin masuk campur hal dapatkan zuriat lagi. Dah gibap gitew. Si Happy dan Fir pun bengang???? Nak buang pls hapuskan kesemua bukti plis. Jangan jadi bodoh.
Happy fikir beli rumah kat Singapore macam kat China ke??
Happy amat tertekan dengan segalanya. Dengan tiadanya ruang peribadi dan ibu mertua yang asyik menyebok, dia mungkin tidak akan hamil langsung kerana fikirannya yang berkecamuk.
Kenapa si pelatih ni lebih daripada seorang pelatih? Adakah ini skandal terbaru musim ini? Adakah mereka akan ke kelab karaoke di bilik VIP? Aliff Aziz REALNESS.
Fir memberitahu bapanya tentang keinginannya untuk berpindah rumah untuk kebaikan Happy dan juga perhubungan Happy dengan ibunya.
Bapanya amat setuju dengan idea ini! Dia akan menolong Fir untuk memberitahu Jamaliah perkara ini.
Mel mendapat tahu bahawa anak kepada rakannya seorang model cilik. Ada Instagram sendiri dan segalanya. Si Mel ni terperanjat beruk seumpama tren mencipta akaun Instagram untuk anak merupakan tren yang baru panas malam semalam. Adakah dia seekor katak di bawah tempurung atau di bawah kain tudung yang dia bawak pergi tidur?
Dia pun mendapat idea untuk membuka akaun Instagram untuk Eliza. Sedarkah anda bahawa si Mel ni tiada pendirian? Apa saja kawan dia buat, dia nak. Hantar anak ke sekolah antarabangsa, jadi model la ini la itu la. Kenapa dia mudah terpengaruh? Adakah ini salah satu keperitan ibu yang mempunyai anak pertama?
Kesian si Fir. Bos baru dia yang hensem perangai macam sial.
Aman cuba bermanja dengan isterinya tetapi isterinya jijik sebab dah tua.
Aman cuba memberitahu Jamaliah bahawa Fir dan Happy mahu tinggal di rumah sendiri.
Mereka berdua terkejut kerana ibu mereka setuju! Suka la Happy sebab dah boleh buat anak kat dapur. Sebenarnya Happy ada fetish luar biasa tu pasal dia perlukan ruang peribadi.
Kasihan Eliza sehingga larut malam dia berposing untuk mak dia.
Kenapa telefon bijaknya ada ikon tetikus? Dan kenapa dia google instagram sign up dan tidak memuat naik aplikasi instagram daripada App Store? BahLOL.
Jamaliah cuma ada satu syarat, iaitu mereka harus tinggal berdekatan. Ok la tu dapat subsidi kan kalau tinggal dekat? Happy amat Happy. Tengok tu dia kejung sebab tak sabar nak buat di ruang tamu sambil diikat.
Mereka beli rumah resale. Walaupun lebih daripada bajet mereka, Fir tetap beli. Demi cinta katakan.
Kan aku dah cakap.
Happy ingin buang pregnancy test kit tapi dia ingin kencing buat kali terakhir.
Eh? Kenapa dia teman Aman pergi jumpa doktor lagi? Hmm…
Strok tu apa???? Saya boleh maafkan typo error dalam sarikata drama ini tapi strok tu apa? Nenek kau la strok. ANGIN AHMAR.
Jamaliah terjumpa ini. HAPPY HAMIL.
Bryan tidak senang dengan idea model ni. Si Bryan pls step ep sebagai suami? Jangan nak praktiskan budaya Barat di mana suami tak pukul isteri. HAHAHAHAHHA.
Check check Jamaliah yang kencing kat test kit tu eh abeh dia taknak beritahu semua orang bahawa dia yang mengandung so dia kata Happy yang mengandung so it’s all in the mind.
eh si dekni bila O levels habis??????? Macam dah lama gitu aku rasa. Dia tak ajar adik dia sebab asyik balik lambat.
gross
Adik dia ni eh tak habis2 tau???? Ada orang kacau pasal Daddy kau then bilang mak kau or bilang sekolah la sebab cyber bullying. Nak menangis sampai air mata berdarah tak muai sak. What a weakling!
LOL
Dan Happy pun memberitahu rakan-rakannya di Fesbuk.
LOL. Melenting Mak dia bila dapat tahu Happy letak di Fesbuk.
HAHAHAHAHAHA padan muka mak dia kenek dakwah.
Jamaliah juga kurang peka tentang kesihatan suaminya. Musim ni saya amat benci si Jamaliah ni. Bila watak dia akan mati?
gross
Wow sesi mengurat. Ajak pergi kelas memasak segala.
Masih ah.
???? Si dekni bodoh or what? Dia budak special need ke? Nampak sah gambar bedek. Kalau si buli tu nak sebarkan gambar tu, siapa nak percaya sak???? Are we living in 2000??????????? BODOH. Kalau ye pun, photoshop la baik sikit untuk meyakinkan penonton. Hello, Suria????? That’s a 13yo girl’s face on a 20 yo pornstar.
Happy merindui bapanya.
Tak habis-habis dengan pantangnya yang tiada logik.
Guo Zheng (??) surprisekan Happy!
Saya kurang pasti sama ada lakonan pelakon-pelakon Cina ini amat tidak meyakinkan atau salah pengarah sebab Happy dan bapanya semestinya bukan dari China???? Saya tidak percaya mereka dari China kerana mereka berbual seperti Cina Singapura. URGH
Episod 5
Jamaliah agak tidak puas hati kerana kata-kata besannya seumpama bermaksud bahawa keluarga Fir tidak tahu bagaimana untuk menjaga Happy yang sedang mengandung.
Dan kini dalam rumah ini, ada dua orang yang amat berpegang kepada pantang larang. Namun, masing-masing percaya akan pantang daripada kaum yang berlainan!
LOL si dekni kena marah lagi.
HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. $300? Wow unsur kebetulan kerana itulah jumlah wang yang ibunya akan letak sekiranya ibunya ke luar negara!
Saya percaya kes-kes sebegini masih berlaku dan tidak harus dibuat bahan ketawa. Kita sama-sama harus mencegah dan menghentikan sebarang macam buli. Namun, Suria tidak menyampaikan isu ketara ini dengan penuh serius. LOL bye.
Bapa Happy tidak mahu Happy pindah semasa dia hamil kerana akan menyusahkan kandungan Happy.
Ekcili si Happy baru berapa minggu mengandung abeh dah bapak dia dah sampai SG???? Dafuq? Dia nak tinggal 9 bulan ke?
Inilah muka seorang hipokrit. Mahu menantu Cinanya mengikut pantang orang Melayu tetapi tidak mahu besannya mengenakan pantang budayanya kepada menantunya yang sememangnya orang Cina.
Jamaliah ingin Happy membawa benda-benda tajam. Bapa Happy amat risau kerana benda tajam mungkin bawa kecederaan kepada bayi itu. Yang ini ada logik sikit kan?
PREACH
Dia memerhatikan kemesraan antara Aman dan pelatih tu…
Hani pun meletakkan $300 di tempat yang tertentu supaya buli tu boleh amek. Penakut eh buli tu??? Dah mintak tapi tanak tunjuk muka????? DAFUQ.
Eliza ditawar menjadi model.
LOL rakannya meluahkan perasaan di Fesbuk. Paling benci orang macam ni? Potong jalan? HUH.
Jamaliah tidak suka dengan masakan sihat yang disediakan Aman dan besannya. Sebenarnya Jamaliah xenophobic. Get out.
Jamaliah merajuk kerana tiada orang yang ingin memakan Nasi Goreng Ayam yang telah dia masak.
Bila bersemuka tanak mengaku pulak. Pengecut.
gross
Hana berbohong. Kata takde duit la apa la. Padahal dah kasi pembuli tu.
Kesian kakak dia yang jadi mangsa.
ha kau bau rokok pulak tu. Mampus.
Si Hana amek O levels tapi dah mula buat H2 Mathematics? Patutlah dia stres semacam.
Satu tamparan diberi.
Keesokan harinya, mereka ke rumah atok nenek mereka. Kenapa kenek melibatkan mereka ah? Si Lis ni tak boleh selesaikan sendiri ke?
KONFESI. jengjengjeng
Hani pun memberitahu kisah sebanar.
Kakaknya memafkan Hani kerana memahami situasi Hani.
Lis amat tertekan kerana rasa bahawa dia hampir gagal menjadi seorang ibu. Dia mengadu kepada pakwenya.
Eh? Budak ni macam kewat je nak buli orang hahahaha urgh buat laporan polis sua.
Kasihan sak Fir kenek no pay half day leave lol
Kes terbaru. Perkahwinan kontrak?
Siapa yang buat aduan tu?
Hmm..?
Mereka sebenarnya sudah bernikah tetapi ada orang mengadu tentang perkahwinan mereka. Mampukah mereka selamatkan perkahwinan mereka?
Mereka tidak tinggal sebumbung. Ini boleh menjadi bukti mengapa perkahwinan mereka merupakan sesuatu yang palsu. Namun sebab mereka kukuh. Si isteri ada 2 adik perempuan, so macam tak elok la tinggal satu bumbung. Si suami pula terpaksa tinggal bersama saudara.
JENGJENGJENG.
Apakah yang akan berlaku dalam episod 6? Adakah Jamaliah akan berdamai dan menerima perbezaan budaya besannya? Adakah perhubungan Aman dan pelatihnya akan berputik? Bagaimana pula dengan Eliza? Akankah dia mengadu tentang “kerjaya”nya yang baharu itu? Atau Bryan akan hilang sabar dan mengambil alih tentang hal ehwal Eliza? Bagaimana pula dengan pasangan mingguan kita? Dapatkah mereka selesaikan masalah mereka?
Oh yes, saya akan mula sekolah minggu hadapan so mungkin saya tidak akan mengemaskini blog ini secara kerap. Saya jangkakan semester ini amat sibuk dan padat. Harap maklum. Namun, saya akan tetap aktif di Fesbuk atau Twitter! Dan mungkin Instagram!
Jika ingin berhubung dengan saya secara anonymous:
Selamat berhujung minggu dan Selamat Hari Kebangsaan!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)