Britney Spears LIVE in Singapore

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!

Saya pasti ramai yang tahu bahawa malam semalam, puteri pop dunia membuat konsert Singapura sulungnya di Stadium Tertutup Singapura. Namun, tahukah anda bahawa kemunculannya di Singapura merupakan satu daripada tanda-tanda kiamat dan kemunculan Dajjal? Tambahan pula, Britney Spears merupakan seorang ejen Dajjal aka dia sebenarnya ahli Illuminati!

tumblr_mioo8o2tba1rpb0qko1_500

Pertama sekali, harga tiket-tiket konsertnya di Singapura melambung tinggi. Hingga mencecah lebih daripada $500. Ini bermakna mereka-mereka yang ke konsertnya merupakan individu-individu daripada lower-upper class. Dan ia sudah terang bahawa orang-orang kaya di Singapura sembah kepada Illuminati. Seperti Kong Hee.

Pada mulanya, beginilah reka bentuk pentas Britney Spears di Singapura. Setelah dihasut oleh Syaitonne, reka bentuk pentasnya bertukar. Malah, ada lebih kategori tiket dijual.

Lihat tu. Terdapat sebatang “runway” di mana Cik Spears boleh berinteraksi dengan para ejen-ejen Dajjal yang lain dengan lebih dekat. Selain itu, kini terdapat 10 kategori bagi tempat duduk. 10. Daripada 7 kepada 10. Tambahan 3. Jika 10 + 3 = 13. Dan semua tahu baha nombior 13 merupakan nombor yang tidak disukai ramai kerana ia nombor sial.

Jika itu tidak cukup untuk membuktikan bahawa Britney Spears datang ke Singapura untuk menandakan kemunculan Dajjal, biar saya jelaskan dengan lebih.

Konsertnya terjatuh pada 30 Jun. Cukup bulan. Seminggu selepas masyarakat Islam berpuasa. Pada hari Jumaat baraqah.

giphy

Tambahan pula, sehari sebelum acara penuh kontroversi iaitu PinkDot!!!!!

Pink Dot merupakan satu acara (ataupun lebih sesuai BANTAHAN) yang menggalakkan kehidupan alternatif. Iaitu mencintai sesama jenis aka bapok, lesbianita, dua alam dan sebagainya. Pendek kata LGBTQRSTUVWXYZ!


Ayuh kita lihat lagu-lagu yang dinyanyikan Cik Spears semasa konsertnya.

  1. Work B**ch

Lagu ini mengingatkan para hamba-hamba Dajjal untuk bekerja walaupun hari Jumaat. Sesungguhnya ejen-ejen Dajjal tiada hari cuti. Mereka akan bekerja keras untuk menjajah dunia ini!

2. Womanizer

Sedangkan Islam membenarkan lelaki beristeri empat jika dia mampu, Cik Spears mendedikasikan sebuah lagu untuk slut-shame lelaki-lelaki yang berpoligami! Astaghfirullah.

3. Break The Ice

Mereka memerlukan ais kerana mereka tahu neraqa jaha6 begitu panas sekali.

4. Piece of Me

Dalam lagu ini, mereka berlagak besar. Nilai yang mereka banggakan sekali.

5. …Baby One More Time

Jika satu kali tidak cukup, sekali lagi!

6. Oops!… I Did It Again

Seolah-olah tidak salah membuat dosa. Macam tak sengaja. “Oops” lah konon.

7. Change Your Mind

Cik Britney ingin orang ramai bertukar fikiran dan menjadi ahli Illuminati.

8. Me Against The Music

Kononnya nak melawan syaitonne sebab muzik kan haram… Tapi tak boleh jugak. Tetap terpengaruh.

9. Gimme More

Ingatkan dah taubat, tapi dia nak lebih dosa!!!!

10. Scream & Shout

Inilah anthem mereka apabila merana di neraqa kelak. Terpekik terlolong.

11. Boys

Misi mencari Imam. Tetapi oleh kerana feminism amat ketara, imam perempuan is the way to go.

12. Do You Wanna Come Over

Cum all over? Astagha.

13. Get Naked (I Got A Plan)

Tidak perlu apa-apa penjelasan.

14. I’m A Slave 4 U

Ejen-ejen Dajjal amat bangga bahawa mereka merupakan hamba abdi kepada the false messiah. Mereka suka menunjuk-nunjuk. Bukan itu sahaja, tajuk lagu ini menggunakan angka 4 dan bukan “for”. Ini kerana para ejen Dajjal suka akan kematian. Dalam bahasa Cina, 4 berbunyi seperti “mati”. 四 = 死 #ChinesePrivilege

Lagu ini juga menggalakkan BDSM!

15. Make Me…

Di sini, mereka rela disuruh buat apa-apa sahaja. Mereka menjual diri mereka kepada Dajjal.

16. Freakshow

FREAK.

17. Do Somethin’

Ejen-ejen Dajjal sentiasa harus lakukan sesuatu agar mesej dan propaganda mereka berjalan dengan sempurna.

18. Circus

Memang ahli SARKES semuanya.

19.  If U Seek Amy

If U Seek Amy = F U C K ME

20. Breathe on Me

Nafas terakhir mereka!

21. Slumber Party

Dengan muka selamba, ejen-ejen Dajjal berjalan di dunia. Mereka tidak memerlukan tidur, mereka kerja 24 jam sehari.

22. Touch of My Hand

Mereka teringin sangat disentuh oleh Dajjal.

23. Toxic

Mereka tidak menafikan bahawa mereka merupakan bisa dan racun yang memudaratkan dunia ini!

24. Stronger

Setiap hari, ejen-ejen Dajjal semakin kuat! Semakin sukar untuk melawani mereka!

25. (You Drive Me) Crazy

Sehinggakan mereka gila. Tetapi ini tidak menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka inginkan.

26. Till the World Ends

Mereka akan melakukan kerja dosa ini sehinggalah hari kiamat! Till the world ends!

Jika anda tidak yakin bahawa Britney Spears ejen Dajjal, saya tak tau nak cakap apa!

tvnnbg

Dan kini, mari kita lihat lagu-lagu yang tidak didendangkan Cik Spears dalam konsert ini.

Ini kerana Cik Spears tidak mahu sesiapa hold it against her Illuminati agenda.

Adakah kemasukan dalam Illuminati Your Prerogative? Bukan. Tu pasal takda lagu ni.

Seperti yang dibincangkan tadi, nombor 4 lebih digemari.

Walaupun satu stadium berbau peluh, dia tidak sesaat pun mengingatkan ejen-ejen Dajjal untuk meletakkan minyak wangi. Oleh itu, Cik Spears tidak menyanyikan lagu ini kerana dia ingin hidu bau tengik yang boleh menjemput lebih ramai syaitonne dan jin ke stadium tertutup.

Natijahnya, Britney Spears merupakan salah satu ejen Illuminati utama di dunia ini. Kita harus berwaspada dan membantah Cik Spears daripada melawat dan membuat persembahan di Singapura. Bukan itu sahaja, peminat-peminatnya dilabelkan sebagai “Britney Army” ataupun Tentera Britney. Sebagai umat Islam Singapura, kita harus berhati-hati dengan askar-askar yang bukan di bawah naungan Angkatan Bersenjata Singapura atau SAF. Salam NS50, semuanya!

IMa7Bn23

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s