Reviu: Being Haresh Sharma

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!

Pada Syawal ke-lima, saya ke Perpustakaan Negara untuk menyaksikan pementasan oleh The Necessary Stage (kolaborasi bersama CAKE) bertajuk Being Haresh Sharma.

Pementasan yang diarah oleh Natalie Hennedige ini berdasarkan karya-karya Haresh Sharma yang semestinya relevan kepada kesemua lapisan masyarakat di Singapura.

BHS_447.jpg
Gambar oleh Tuckys Photography

Barisan pelakon yang menjayakan pementasan ini – Ghafir Akbar, Jean Ng, Julius Foo, Jo Kukathas, Karen Tan dan Siti Khalijah, memainkan watak-watak mereka dengan penuh kesungguhan, sehinggakan penonton boleh merasakan keperitan, kebahagiaan serta kesedihan yang setiap watak alami.

BHS_336.jpg
Gambar oleh Tuckys Photography

(Let me be bias here) Terutama sekali my Ratu Theatre Siti K yang boleh bertukar watak dalam sekelip mata dalam segmen “Being Siti Khalijah” di mana beliau memainkan watak-watak wanita Melayu. Sungguh mengkagumkan!

Secara peribadi, saya amat suka akan set, props dan pakaian yang diguna/dipakai bagi pementasan ini. Ia amat teliti dan juga berwarna-warni! Pementasan ini dijalankan mengikut subtema ataupun segmen seperti Cinta (Love) dan Hiba (Grief). Jadi, dalam satu segmen itu, terdapat pelbagai kisah yang berkaitan dengan subtema tersebut. Banyak perhatian harus diberikan agar penonton boleh benar-benar mendalami dan memahami apa yang terjadi. Minda saya agak berkecamuk apabila menonton pementasan yang agak terperinci ini (or is it just me cos I’m one dimensional HAHA).

BHS_103.jpg
Gambar oleh Tuckys Photography

Secara keseluruhan, pementasan ini amat fun, quirky dan ganjil (in a good way). Dan seperti pementasan The Necessary Stage yang lain, ada sahaja pengajaran dan juga nilai-nilai penting yang boleh dibawa pulang oleh para penonton melalui pementasan ini! Perkara yang betul-betul menyentuh jiwa saya adalah apabila di akhir pementasan ini, kata-kata”Being ______ In Singapore” ditayangkan di skrin. Di mana di tempat kosong itu, anda boleh letakkan apa sahaja seperti Malay/A Teacher atau apa-apa pun, anda pasti boleh rel8 uh. Yang part ni youalls harus saksikan sendiri untuk dapatkan feelsnya.

Jika anda ingin menyaksikan sesuatu yang menarik minggu ini, saya sarankan anda beli tiket Being Haresh Sharma cepat-cepat di Sistic!

Oh yes, sila ke tandas dahulu sebelum memasuki panggung sebab takde waktu rehat ya even tho I rasa harus ada.

– Pengkritik Sandiwara

 

 

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s