Salam sejahtera, semua!
Pada malam Syawal, Suria menyiarkan telemovie khas Hari Raya yang bertajuk Gunting. Ia dibintangi Hisyam Hamid, Taufik Batisah, J.A. Halim, Yuslina Yussof, Najib Soiman, Shane Mardjuki dan Adlina Adil. Sebelum ia disiarkan di TV, ia mendapat banyak publisiti oleh pihak pemerintah tau! Siap dengan press conference segala.
Jadi, secara semula jadi, apabila saya ternampak sesebuah telemovie yang mendapat banyak perhatian, saya up-kan expectation saya. Namun, apabila mendapat tahu bahawa “movie” ini setakat 1 jam… Saya bersedia untuk rasa kecewa!
Ia bermula dengan kepulangan Taufik (yes they use real names cos the amount of botheredness is too low), seorang hairstylist yang berjaya di LA. Kalau awak zoom in kepada artikel di atas, Kim Kardashian pun gunakan khidmat Taufik ni! Eat your heart out, Fazura.
Taufik pun berjumpa Hisyam dan Huda di lapangan terbang dan berborak. 2 extra memakai baju biru sungguh ekstra.
LOL.
Bapa Taufik, Salihin tidak begitu kagum melihat anaknya pulang. Tapi sebenarnya hatinya gumbira.
Dahulunya, bapanya seorang tukang gunting. Ha, dari situlah tercetusnya minat Taufik ingin menjadi hairstylist.
Setelah 38 tahun, Salihin menjual kedainya kerana kesihatannya yang semakin tidak stabil.
Taufik ingin mengambil pulang papan tanda itu.
Pelik, tak pernah saya lihat dua pegawai polis berbangsa Cina kerja bersama. Selalunya 2 Melayu atau sekurang-kurangnya seorang Melayu.
Hisyam cadangkan buka kedai gunting hipster tapi yang bukan mahal. Setelah dipujuk, Taufik pun setuju.
Dan di sini lah bermulanya mesej-mesej oleh badan pemerintah. #sponsored
Jururawat fikirkan bahawa Taufik anak sedara Salihin hahaha padahal Hisyam anak sedara sak.
Hahaha bapanya suruh dia periksa kencing manis.
Mereka berdua inginkan khidmat Adi untuk kedai mereka.
Mereka berempat siapkan kedai bersama.
Mereka mencari tukang gunting. Abeh si dekni nak gunting bulu kucing? Yang lagi satu gunakan api? For a movie, your CGI sucks.
Si Najib ni diambil kerja kerana dia boleh buat rambut ikal mayang macam ikan duyung.
Rakan Taufik, seorang tukang gunting rambut di tempat kanak-kanak diambil kerja bukan kerana merit tetapi kerana kasihan. #meritocracy?
Kedai mereka sungguh berjaya sehinggakan Dr Yaacob Ibrahim sendiri puji, you alls.
Dr Yaacob memberi mereka cabaran.
Setakat gunting amal.
Mereka berdua berborak pasal hidup. Taufik sebenarnya ada ijazah kejuruteraan tetapi menjadi hairstylist di LA. Tu yang membingitkan bapak dia.
Mesej ini dibawakan khas oleh HPB.
Hahaha bapak dia bangga dengan Hisyam aje.
Mamat ni kenek buang so dia cari kerja. Hisyam kata nak buat kedai hipster ni harga berpatutan tau tapi kau tengok beard je $9??? Pui.
Setelah mengambil kursus dengan bantuan SkillsFuture! Namun, tiada jawatan kosong, jadi Taufik dan Hisyam tidak boleh mengambil pekerja baru.
Tapi, usah risau! Ada sahaja drama yang akan berlaku. Tiada sesiapa yang free untuk selesaikan rambut ini kecuali…
You are hired!
Si Huda nak bukak khidmat Barberellas aka mobile barber dan Taufik ingin melabur!
Now I’m beginning to wonder why they pay Shu Ann as a doctor for like 10 secs but not some cheap extra????? Merepek.
Taufik amat marah kerana bapanya menelefon Hisyam dan bukan dirinya. Dia kembali ke Singapura untuk menjaga bapanya namun dia rasa seperti bapanya tidak hiraukannya langsung.
Bapanya masih marah kerana dia telah menghantar Taufik belajar tinggi-tinggi tapi si Taufik ni nak jadi tukang gunting pulak??? Whot. Tapi Taufik pun menjustify his actions ah dan berkata bahawa bapanya inspirasi hidupnya! The only relevant scene in this “movie”.
Hisyam rasa serba salah kerana “mengganti” tempat Taufik.
Suka lattew.
Yay!
Tamat!
Ok, let’s me be real. Kenapa cerita ini disiarkan pada 1 Syawal? Padahal takda kena mengena dengan Raya pun!!! Adakah ia telemovie Hari Bapa yang direjek sebab Fizah Nizam’s Naluri Ayah lebih oomph? Dah la pelakon pun guna orang sama hahaha.
TBH, saya mungkin akan puji “movie” ini sampai ke langit sekiranya ia tidak menerima banyak publisiti ah. Oleh kerana publisitinya oleh pihak pemerintah begitu belambak, I have to say this “movie” is a flop. Abeh hashtag bukan main lagi, #GuntingTheMovie. THE MOVIE. #GuntingSuria sua. 1 jam movie apa?
Plot wise, saya rasa plotnya amat kuat sekali (agak klisye but still) namun cara ia disampaikan terlalu lekas. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kejayaan yang dicapai oleh kedai gunting juga terlalu awal. Jika boleh, saya ingin melihat keperitan dan dugaan orang yang ingin berjinak-jinak berniaga. Mungkin boleh sertakan mesej-mesej tentang gov schemes yang ada bagi usahawan-usahawan muda? Selain itu, leretkan konflik antara Taufik dan Salihin. Dan apakah kepentingan watak Najib dan Shane? Mengapa mereka dalam poster padahal watak mereka setakat sahaja? Mungkin jika kisah perjalanan mereka membuka kedai dikongsi bersama dan kejayaan mereka diceritakan dengan lebih terperinci, ia akan menjadi lebih menarik.
Ok la. Saya tidak seharusnya mengharapkan apa-apa daripada sebuah telemovie yang penuh dengan mesej-mesej dari pihak pemerintah hahahaha oh wells.
It’s a short flop. Sorry.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
Hello guys. for me its just a short and sweet movie. Everyone in this film just made their role as it was so realistic and a bit of over acting(some characters) and sense of humour was good. This movie might have the impact among parents and teenagers, Because it gives to me. Not every people having a same taste in movies. Although some might find this movie as a flop; but I just like it as the way it was.
LikeLiked by 1 person