Reviu: Boeing Boeing oleh W!ld Rice

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!

Pada hari ketiga Syawal, saya berkesempatan menonton pementasan komedi bertajuk Boeing Boeing oleh W!ldrice.

BB17_WRweb-eventpage-1c

Diarah oleh Pam Oei, pementasan ini mengisahkan seorang buaya darat bernama Bernard (Rodney Oliveiro) yang mempunyai tiga orang tunang antarabangsa. Kau fikir menantu international je yang boleh keliling dunia? Oleh kerana tunang-tunang Bernard merupakan pramugari-pramugari dari syarikat pesawat yang berlainan, jadual penerbangan mereka membenarkan Bernard meluangkan masa bersama ketiga-tiga mereka tanpa harus bertembung antara satu sama lain!

Kasihannya, pembantu rumah Bernard, Rosa (Bibeth Orteza) harus menyembunyikan muslihat Bernard ini. Memang benar katanya, ia bukan senang, it’s not easy! Bukan itu sahaja, rakan Bernard, Robert (Shane Mardjuki) pun bersubahat bersama. Ini kerana dia ingin melihat jika teori Bernard berkesan dan pada masa yang sama, ingin belajar daripada Bernard untuk memikat wanita! 😉

Sesungguhnya, kisah yang amat mencuit hati ini mengingatkan saya tentang Madu Tiga. Sebuah filem klasik P. Ramlee. Akhirnya, watak P. Ramlee kenek kantoi apabila ketiga-tiga isterinya mendapat tahu bahawa mereka bertiga bermadu!

Dalam kisah Tiga Madu, ketiga-tiga wanita ini berdamai dan berkompromi. Poligami merupakan sesuatu yang boleh diterima oleh wanita-wanita ini sebab feminism belum hot lagi la kan. Namun, dalam kisah Boeing Boeing ini, walaupun penerbangan wanita-wanita ini dibatalkan dan mereka berada di satu bumbung, nasib menyebelahi Bernard. Ms SQ aka Jeanette (Oon Shu An) meninggalkan Bernard untuk hidup bersama seorang billionaire. Dia tidak tahu pun tentang wanita-wanita lain. Ms China aka Jin Jin (Judee Tan) pula terpikat kepada Robert dan mereka bertunang. Manakala Ms India aka Jayanthi (Rebekah Sangeetha Dorai) pula akan mengahwini Bernard. Nampaknya, semuanya berakhir dengan baik sekali. Tiada konflik atau pergaduhan yang tercetus antara ketiga-tiga wanita ini! Alhamdulillah.

Jadi, pengajaran utama yang boleh diraih oleh pementasan ini? Kita merancang, Allah menentukan! Hah kau, done dakwah for the day!

Secara keseluruhan, Boeing Boeing sebuah pementasan sesuai untuk seisi keluarga! Terutama sekali untuk kakak-kakak yang mempunyai perasaan sangsi terhadap suami atau boipren. Bila habis tonton pementasan ini, mungkin dia akan berterus terang kepada anda? Pada masa yang sama, bolehlah melihat wajah comel Shane Mardjuki, it’s not impossible! Lakonan Bibeth Orteza sungguh meyakinkan sekali, sungguh kelakar!

zCatFiww

Cuma… Dalam zaman media sosial sekarang, bolehkah jantan-jantan bermain kayu tiga atau empat atau lima? Fikirkanlah.

Kepada yang ingin menonton, pementasan ini akan berlangsung sehingga 22 Julai. Tiket-tiket boleh didapati di Sistic! Dengar-dengar Jumaat ini (30 Jun) ada penampilan khas oleh pramugari WORLD CLASS…

Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s